Tuesday, December 22, 2009

YNWA! Bukan Jalan Sorang-Sorang.....

Eh! Sama la result lawan Fulham hari tu.......


Bila gua jalan-jalan pakai baju ni kat mana-mana yang gua suka jalan mesti beberapa orang akan berhenti belakang gua dan baca....

Kalau yang baca pastu muka tak puashati....

Sah!! Fan Man U.... hahaha...

YNWA!

Monday, December 21, 2009

BPL 09/10 Gameweek 18 : Kaloh kali ke Tujuh!

Portsmorth 2 Liverpool 0

Dah macam biskut pulok nasib Liverpool...

Kejak mene, kejak kaloh...

Huh! tok pehe kawe...

Apo punyo nasib musim nii...

Atau Rafa sengajo tempah nasib...

Lawang Wigang ari tu dah baguih mene... tuko pulok formationg letok Gerrard jadi backup striker...

Kang baguih letak Gerrard tengoh... ganding ngang Marsherano...

Lukas tu simpon yo dolu...

Ini, tuko formationg sampai Marsherano kene buwe padang...

Hah! pahtu separuh game maing 10 oghe...

Mace mane nok mene ngan 10 oghe? susah weiii!!!

Mang U yang main 11 oghe tu pun kena lauk ngan Fulhang 3-0...

Fang Mang U ingat nok gelok kak kito...

Ruponya dorang pung keno gelok... kah!kah!kah!...

Takpo lah...

Kawe masih optimis team kito Liverpool akan bangkit...

Harap-harap minggu depe lawang Wolve mene loh...

YNWA!

Monday, December 14, 2009

BPL 09/10 Gameweek 16 : Liverpool 1 Arsengal 2

Aduyai.... terasa tak berbaloi pulak gua tunggu sampai 2 pagi dan finally Liverpool kalah di kaki Arshavin. Arshavin lagi!

Gua tengok permulaan game Liverpool main ok, kontrol game dan sekali sekala menyerang malangnya Torres agak tumpul kali ni begitu juga Gerrard. Masuk minit ke-40 baru lah Kuyt memecah kebuntuan jaringkan gol pertama untuk kedudukan 1-0 sebelum rehat.

Bermula babak kedua, Arsenal pulak mengasak bertalu-talu walau tak berapa mengancam Reina. Masa tu gua confident Liverpool boleh kontrol balik game. Bagi la peluang Arsenal serang nanti dah penat dorang slow down la dan Liverpool serang balik.

Tapi setelah beberapa kali Arsenal menyerang, asakan sebelah kiri pada min 49 oleh Nasri yang melintangkan bola telah tertanpan Glen Johnson masuk ke gol sendiri. Haduh! Gol sendiri pulak!

Masa tu gua relax lagi dan optimis Liverpool boleh bounce back dan dapatkan gol kedua malangnya 6 minit kemudian Glen Johnson sekali lagi buat silap gagal mengawal bola kemudian di rembat oleh Arshavin lalu terkena tiang sebelah kanan pintu gol dan masuk. Haduh! Apa ni?! Kusut. Marah pun ada tapi dalam hati je. Tapi gua still cool dan berharap Liverpool boleh kejo semula.

Ketinggalan 1-2, Aquilani kemudian di bawa masuk menggantikan Masherano. Dalam hati gua, ada harapan ni. Mamat ni pun rehat lama dah. At least dapat score sebijik untuk samakan kedudukan, takpun menang terus 3-2.

Tapi harapan hanya tinggal harapan. Aquilani masih belum serasi dengan stail game Liverpool. Aquilani juga jarang dapat bola untuk gerakkan serangan dari tengah. Gua tengok stail game Liverpool banyak dari bawah terus cari Gerrard atau Torres. Tinggalkan Aquilani tak tau nak buat apa. Gerrard dan Torres pun tak perform seperti selalu dan menyebabkan kurangnya tekanan ke atas kubu Arsenal. Sepatutnya lepas kena tinggal Liverpool kena serang bertali arus tapi nampaknya macam ada tak kena dengan pemain Liverpool. Passing bola entah apa-apa. Langsung tak menggugat Almunia.

Pada gua lah, Arsenal malam tadi taklah bagus sangat main. Liverpool nampak lebih sedia dengan star player semua ada tapi Liverpool sudah sia-siakan peluang untuk menang. Rafa kena buat sesuatu ni. Dapatkan penyerang dan pemain sayap kanan baru dan letakkan Gerrard semula di tengah sementara nak tunggu Aquilani serasi. Lucas ok tapi tak cukup kreatif macam Alonso. Torres perlukan gandingan penyerang baru macam David Villa. Dengar kabar Spurs nak jual Pavlychenco dan David Bently. So, apa lagi? Sambar Rafa jangan tak sambar. Apa-apa pun, kalah ke, kecewa ke, tetap setia dengan Liverpool. YNWA!

Sunday, November 22, 2009

BPL 09/10 Gameweek 13 : Seri!

Ya! Seri lagi 2-2 dengan Man City...

Dan Martin Skrtel mencatat sejarah pertama kali jaring gol untuk Liverpool...

YNWA!

Wednesday, November 4, 2009

UCL 09/10 Game 4 : Liverpool lawan Lyon

Tak sure gua dapat tengok ke tak game malam ni...

Sekarang ni gua kat Kluang, outstation...

'Hotel' tempat gua menginap takde astro pulak...

Hanya ada TV aja dengan saluran dari pemancar Gunung Pulai...

So, pilihan gua sekarang tengok live kat Internet...


Harap-harap boleh layan...

Kalau tak boleh gua layan tidur laa...

Semoga Liverpool akan menang supaya dapat meneruskan kemaraan...

Kalau kalah?

Biasalah....

Redhaaaa....

Sebelum tu gua nak ulas sikit. Jarang gua mengulas ni. Sementara ada peluang ni gua nak ulas sket pasal Liverpool...

Memang sekarang ni Liverpool tengah ada masalah dengan prestasi. Ya lah sudah kalah 6 dari last 7 game. Rafa pun tengah mengong, pulak tu ramai player utama cedera. Dah nasib...

Bila Liverpool tengah macam ni ramai lah yang suka terutama anti Liverpool. Tak kisahlah, yang penting dalam keadaan Liverpool tengah ada masalah Man U tetap GAGAL kalahkan Liverpool. Itu GUA SUNGGUH SUKA. Ok, itu aja gua nak ulas... hehe...


YNWA!

Monday, October 26, 2009

Keputusan BPL 09/10 Gameweek 10 : Liverpool Menang ke?

Sila baca posting kali ini dengan tenang....

Liverpool menang ke? Aku bertanya dalam hati dengan nada perlahan. Eh! Tak caya laaa... Tak mungkin Liverpool menang. Man U bukankah pasukan yang 'kuat', 'banyak duit', boleh beli pemain yang mereka nak, ramai bintang seperti Strek dan diurus pengurus macam sual Sir Alex Ferguson. Ye ke Liverpool Menang? Pasti?

Musim lepas Man U dua kali kalah dengan team KITA. Takkan kalah lagi? Aku cuba untuk tidak percaya atau buat-buat tak percaya... ahaks!

Beberapa hari sebelum game fan Man U begitu ANGKUH, SOMBONG membuat spekulasi dan prediksi. Macam-macam bai dorang kata... Bagi mereka slogan YNWA ialah You'll Never Win Again laa.... Liverpool bakal kalah 5 kali berturut-turut laa... Man U 3 Liverpool 0 laaa.... eh! banyak lagi dorang kata... semua yang kalah-kalah belaka.... Confident sungguh mereka bahawa team KITA akan kalah lagi... Walaubagaimanapun KITA fan Liverpool tetap tenang dan cool beb menghadapi semua ni...

Takpe la... Mulut mereka, komputer mereka, keyboard mereka, tangan mereka, jari mereka... semua mereka punya... sukalah mereka nak kata apaa...

Tetapi... yang nyata lagi pasti pada malam tadi 25 October 2009, waktu Malaysia 11.56pm, waktu UK 4.56pm, sebaik wisel penamat.... LIVERPOOL FC TELAH BERJAYA MENGALAHKAN MAN U 2-0....YA! DUA KOSONG! TAK CUKUP BESO LAGI? HAH! 2-0 LAAA... NAH AMEK KO FAN MAN U! KAH!KAH!KAH!... KESIAN.... SO SAD... TU LA JANGAN BERLAGAK SANGAT! bagi yang berlagak laaa... HAHAHAHA... KAH!KAH!KAH... HUHU...

KEPADA MAN U FAN! YOU ARE LOOSER!

KEPADA LIVERPOOL FAN! WE ARE WINNER!

YNWA!

Wednesday, October 21, 2009

Keputusan UCL 09/10 Game 3 : Kalah lagi... Petunjuk?

Ya. Kalah Lagi...

Dalam Frust sebenarnya aku suka...

Bagi aku itu adalah petunjuk...

Pertama... Petunjuk bagi Gillet dan Hicks supaya jangan kemut keluar modal....

Kedua... Petunjuk bagi Rafa, Lucas bukan pengganti Alonso...

Ketiga... Petunjuk kepada KITA supaya belajar untuk lali terima kekalahan... biasalah fan lain akan suka, gembira, gelak sakan kerana team KITA sememangnya dicemburui... takpe gelaklah sampai keluar air mata dan kemudian nanti kita pulak gelakkan korang... hahaha...

Keempat... Petunjuk kepada TEAM kita sudah EMPAT kali kalah berturut-turut...

Masa untuk bangkit semula! YNWA



Monday, October 19, 2009

BPL 09/10 Gameweek 9 : Man Belon Anti LiverpoolFC?

Aku tak tengok game hari tu sebab balik kampung pakcik ada kenduri kahwin...

Kat kampung tu pulak takde Astro dan kampung pulak jauh dari kedai mamak kat bandar...

Nak keluar ke bandar jauh pulak dan jalan kiri-kanan ada kubur...

Jadi, tak dapat lah layan game malam sabtu...

Cuma layan sms kengkawan suruh update status...

Frust gak bila kawan sms Liverpool kalah 0-1 dengan Sunderland. Pasukan yang sebelum ni hampir-hampir buat Man U MalU di Old Krepot... Nasib baik si adik Rio score sendiri, kalau tak memang sure fan Man U tutup handphone tak sanggup layan sms berbau kutukan....

Oklah balik semula kisah Liverpool kalah...

Frust memang frust, sebab aku manusi
a. Kalau yang tak frust tu Binatang, Jin ataupun SETAN MERAH agaknya...

Walaupun frust, sokong tetap sokong...

Tak kisahlah kalah sebab belon ataupun apa...

Yang tersirat tetap tersurat walaupun refree agak bangang benarkan gol itu...

Mungkin kena gantung refree tu...

Kalau refree tu dah takde job, boleh join Man Belon jual belon...

Dan nama Man Belon tiba-tiba jadi popular penyebab Liverpool kalah... walau sebenarnya takde kena-mengena....

Malam ni ada UCL game Liverpool lawan Lyon...


Tengok jangan tak tengok..... YNWA!


Monday, October 5, 2009

Keputusan UCL 09/10 G2 & BPL 09/10 G8 : Ada Aku KESAH!

Dah tersurat dan tersirat berturut-turut KITA kena Kosong Dua, Kosong Dua...

Maknanya... Kalah lah...

Kekalahan ke-4 musim ini...

1 UCL, 3 BPL...

Baru Empat...


Cuma...

Bila kalah, ramai yang KESAH....

Terutama fan-fan team musuh yang sememangnya KESAH
bila team kita kalah...

Mereka KESAH kerana kita kalah dengan team KUAT...

Juga mereka KESAH kerana team kita kalah dengan team yang bukan saja KUAT tapi KAYA RAYA, manakala team mereka KALAH dengan team entah apa-apa macam Burnley, Wigan
dan nyaris-nyaris kalah dengan Sunderland...

Hoho... KESAH rupanya...

Apa-apa pun...

Kalau MENANG aku KESAH...

Kalau KALAH.... Ada aku KESAH!


YNWA!



Saturday, September 26, 2009

BPL 09/10 Gameweek 7 : ENAM balas SATU!

Diam tak diam dah masuk hari ke-8 kita beraya...

Dan sepanjang itu juga ada 3 game melibatkan Liverpo
ol...

Dan aku tak update...

Bukan sebab sibuk beraya...

Bukan sebab takde line...


Bukan... Bukan... Bukan sebab tu...

Sebabnya aku sengaja tak update...

Kerana aku tahu walaupun tak update Liverpool tetap men
ang...

Kepada yang kata Team Kita You'll Never Win Again...

Nah! ni aku nak bagi tau....

Pagi Raya menang 3-2 dengan West Ham...

Pagi Raya ke-4 menang dengan Leeds 1-0...

Dan Malam Raya ke-7 bukan setakat
menang malah meLAUKkan Hull 6-1...

Kemenangan ke-6 berturut-turut gua nak bagi tau lu...

Hari ni juga ada keputusan upset...

CHELSEA KALAH! Hahahaha....

DENGAN WIGAN 1-3! Hahahaha...

Akhirnya...

Kalah juga...


Setelah beberapa kali diselamatkan dengan N
ASIB BAIK menang...

Minggu depan...


Kalau macam hari ini punya main...


Dengan Torres sudah score 5 gol untuk last 2 games...

Chelsea kena jaga-jaga...

Aku tak mintak banyak...

2-3 gol pun jadi lah...


YNWA!


Thursday, September 17, 2009

UCL 09/10 : Menang sebijik! Jadi laaaa... la..la..la..

Liverpool 1 Debescen 0

Aku start tengok game ni minit ke 40...

Biasa la malam 27, buat dulu apa yang patut...

Beberapa minit kemudian Kuyt pun score..... golllll!!!

1-0 kedudukan 1st Half...

Kalau tengok Liverpool punya game...

Rasa macam boleh score lebih dari sebijik...

Tapi.... aku rasa dorang ni simpan untuk game dengan West Ham nanti...

Takpelah...

Sebijik ke, 2 bijik ke, yang penting menang...

MU dan Chelsea pun menang sebijik...

Cuma Arsenal je score lebih dari sebijik tapi tetap defisit menang sebijik...

Oleh kerana semua team top 4 English menang...

Dan Hari Raya juga bakal menjelang...

Marilah kita bermaaf-maafan...

Kalau ada terkasar bahasa ke, terkutuk ke...

Ampun Maaf dipinta...


Dan terimalah pantun 4 kerat dari aku...

2-3 player Liverpool berlari...
2-3 lagi sedang menari...
Raya dah dekat ni tinggal 2-3 hari...
So, Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

YNWA!

Monday, September 14, 2009

BPL 09/10 Gameweek 5 : Liverpool FC... You'll Never tak Win Again and again....

Liverpool FC 4 BURNley 0

Kali ke-2 musim ni menang score 4 bijik tanpa balas...

Sepatutnya 18 bijik tapi KITA simpan untuk game akan datang...

Pemain-pemain seperti Benny, Voronin, Ngog, Kuyt, Torres, Gerrard, Rafa bagi nasihat...

Tak yah lah score banyak-banyak...

Kesian...

Refree pun tolong banyak tu...

On side kata off side...

Ok lah tu...

Lagi pun, team-team lain nak jugak rasa gol-gol Liverpool...

Bukan senang bai nak dapat...

Terutama dari Skytel, Marcherano, Carragher juga Reina...

Seperkara lagi....

Liverpool dah ada sponsor baru tahun depan...

So, selamat tinggal Bro Carl and Berg..

Dan, Selamat Datang....


YNWA!

Thursday, September 10, 2009

Sembang Bola Sepak Antarabangsa

Seminggu lebih tanpa game membabitkan LFC agak membosankan So, pagi tadi untuk menghilangkan bosan aku layan 3 game sekaligus.
  1. England lawan Crotia
  2. Paraguay lawan Argentina
  3. Brazil lawan Chile
Aku bukan setakat layan bosan. Ada sebab lain. Kebetulan hari ini 20 Ramadhan iaitu malam 10 terakhir, aku gabungkan antara minat tengok bola dan membuat amalan sunat yang sepatutnya. Bola-bola jugak, akhirat jangan lupa. Ingat ya kawan-kawan... "Pesanan ini di bawa oleh Blog Penyokong Liverpool FC.."

Ok. Sambung cerita berkenaan game pagi tadi. Kali ni aku nak tulis panjang sket. Harap ada sudi baca. Jarang aku tulis panjang-panjang. Saja je, tiba-tiba rajin pulak. Seperkara lagi, sejak dua menjak ni ramai tol fan-fan team lain sudi datang blog aku. Macam-macam jenis. Biasalah dorang ni tak puas hati dengan team KITA, juga dengan aku... hahaha.. Bacalah komen-komen dorang. Panas-panas. Kelakar pun ada.

Tetapi sebagai Fan LFC dulu, kini dan selamanya.... kita kena cool beb layan dorang. Biasalah, team kita TERBAEK dari ladang ANFIELD pasti ramai yang jeles. Walaupun kalah kita tetap tenang. Setenang kita menang. Kita Hero bukan Zero. Bukan macam fan team lain, kalau kalah meroyan Satu Malaysia ...hahaha... kesian... Kita cool beb...

Seterusnya berkenaan game tadi. Sebelum tu nak bagi tahu ni, selain menjadi peminat setia LFC aku juga penyokong England dan Brazil. Juga team Negara dan Negeri tempat aku lahir. Sementara game Argentina aku nak tengok sebab ada pemain kita, Marcherano. Insua? tak pasti pulak ada ke tak?

England lawan Croatia

Aku dah jangka England akan menang tapi tak lah sampai Croatia kena lauk 5-1 lebih sebijik LFC laukkan MU musim lepas. Memang mannnntopp permainan England. Berbeza semasa bawah Steve Mclaren walaupun dengan barisan pemain yang hampir sama. Menunjukkan Pengurus adalah faktor penting dalam sesebuah pasukan. Apa yang penting kemenangan besar England di bantu oleh 2 pemain LFC iaitu, 2 gol oleh Gerrard dan 1 assist Glen Johnson untuk gol Lampard. Glen Johnson walaupun sebelum game di kutuk media England sebagai lalai, cuai, leka, tak fokus, dan macam-macam lagi telah membuktikan beliau adalah bek kanan terbaik England buat masa ini. Pemain mana tu? LFC...

Paraguay lawan Argentina

Hmmm... Argentina kalah lagi 0-1. Sebelum ni dengan Brazil 1-3. Sebelum-sebelum ni kena lauk dengan Bolivia 1-6. Aku tengok macam ada tak kena dengan team ni. Marcherano, Messi, Aguero, Veron antara pemain yang hebat. Pada pandangan aku, Diego Maradona adalah faktor. Tidak semestinya pemain lagenda boleh menjadi pengurus yang baik. Aku tengok Maradona gagal dari segi taktik dan pemilihan pemain. Atau kurang buat homework? Maradona kan ada sejarah hitam. Tapi kita bersangka baik ajalah.

Lagi satu. Mana Requelme, Saviola dan juga Aimar? Aku rasa pemain-pemain tu belum tua untuk tidak berada dalam skuad Argentina. Mengharapkan Messi menyerang sorang saja tak cukup. Pemain-pemain yang aku sebut tu ada pengalaman. Tapi aku pelik pulak, apa la yang best sangat dengan Veron tu sampaikan Maradona ambik dia main. Main kat MU fail. Padan muka MU beli mahal tapi tak perform. Lagi pun zaman dia dah berlalu. Dia bagus masa main dengan Lazio. Aku rasa Veron tu lebih kurang macam Lucas Leiva. Kesian aku tengok Messi. Lari ke kiri, ke kanan bawak bola tapi tak gol-gol. Habis game aku tengok muka Messi masam je. Mesti risau takut Argentina tak layak ke Piala Dunia. Ah! lantaklah bukan team feveret aku pun. Pandai lah Maradona setel kan masalah kalah memanjang Argentina.

Brazil lawan Chile

Yes. Menang lagi 4-2. Walaupun tanpa Kaka, Fabiano, Robinho dan Lucio. Walaupun bermain 10 orang sejak minit ke-49. Tapi Brazil telah membuktikan punya ramai pemain berbakat. Nilmar? Tak popular pun pemain tu tapi score hatrik. Selidik punya selidik rupanya pemain Villareal.

Di mana-mana club tak kira Eropah, Asia, dll ada pemain berasal dari Brazil. Itu tak termasuk yang tukar kerakyatan seperti Deco. Apa yang lebih penting Dunga berjaya mengesan bakat mereka walaupun pemain-pemain tersebut bukan bermain di kelab-kelab ternama. Itulah yang membezakan Maradona dengan Dunga. Kedua-dua pemain hebat. Tetapi Dunga lebih menyerlah dari segi taktikal dan pemilihan pemain. Mungkin juga Dunga buat lebih Homework.

Belum pernah aku layan 3 game sekaligus berturut-turut. Kebetulan pulak jadual game ikut susunan. Apa pun game pagi tadi memang tak menghampakan. Game menarik dan banyak gol dijaringkan. Berdasarkan prestasi semasa pilihan aku, Brazil, England atau Sepanyol bakal juara Piala Dunia tahun depan. YNWA!

Monday, August 31, 2009

Keputusan BPL 09/10 Gameweek 4 : Liverpool 3 Bolton 2

Seperti biasa arr... bila team KITA menang ramai yang jeles...

Kalah jeles...Seri jeles... Menang pun jeles?Hahaha...jeles tak abis-abis...

Itulah lumrah fan-fan BUKAN Liverpool...

Tak pernah puas hati dengan team KITA...

Sebabnya kerana Team kita HERO...

HERO English...

HERO English paling banyak JUARA...

Domestik dan Eropah...

Team lain apa ada?

DUIT?

Ya. Betul...

RATUS RIBU JUTA POUND belum tentu boleh beli rekod Hero KITA a.k.a LIVERPOOL FC...

Fan-fan team kena terima kenyataan...

LIVERPOOL walau musim ni budjet ciput(Jahanam Gillet & Hicks!)....

Masih yang TERBAEK...


YNWA!

Tuesday, August 25, 2009

BPL 09/10 Gameweek 3 : Liverpool Satu Aston Villa Tiga


Yahooo! pasukan kita KALAH lagi buat kali ke-2. Nampaknya Hero Kalah Dulu lagi.

Takpa awal musim lagi. Pasukan KITA saja buat gimik tu supaya team lain over confident. At last team KITA nanti yang JUARA...Hoho..

Relax arr Fan Liverpool. Biasalah awal musim. Banyak benda Rafa kena fine tune lagi. Dah nampak dah mana pemain yang boleh pakai dengan tak boleh pakai.

Sebenarnya KITA patut fikir positif. Biar Fan pasukan lain gelak, suka-suka dulu. Tetapi hujung musim nanti KITA pulak gelakkan dorang... Hahaha....

Pada aku KEKALAHAN adalah satu pengajaran. Pengajaran untuk Game akan datang dan pengajaran kepada pasukan KITA membaiki kesilapan. Dari situ permainan akan meningkat.

Pegang kata orang dulu-dulu... BIAR KALAH-KALAH DAHULU, MENANG-MENANG KEMUDIAN... Arios, Amigos...YNWA!


Thursday, August 20, 2009

Keputusan Perlawanan BPL 09/10 Gameweek 2

Ada 6 game aja tengah minggu ni..

Antara keputusannya...

Chelsea 3 Sunderland 1
BURNLEY 1 Man U 0
LIVERPOOL 4 Stoke 0

Apa? Man U KALAH? ye ke? tak caya lah!(ketawa dalam hati...kikikiki...)

Jeles arr Man U KALAH.... kah..kah..kah!

Kah..Kah..Kah...... Dengan team baru BPL!.... Kah...Kah..Kah!....

Nampaknya Man U sudah kena BURN dengan BURNLEY.... Kah..Kah...Kah...

Dengan ini diistiharkan Man U menjadi MalU.... Kah...Kah...Kah....

MalU...MalU....MalU....MalU...MalU....MalU...........MalU.... Kah...Kah...Kah...

Hari yang sungguh mengembirakan bagi LIVERPOOL...

Dan meMalUkan bagi MalU... kah..kah...kah...

Hari tu hari Liverpool... tapi kalah dengan team BAGUS sket...

Hari ni hari MalU pulak... tapi yang MALANGnyer KALAH ngan team LAUK.... Haduh!!... MalU..MalU... kesian fan MalU mesti kena gelak kaw-kaw punya.... cuba lagi eh gameweek 3... kih..kih..kih...

Monday, August 17, 2009

BPL Gameweek 1 : Liverpool 1 Spurs 2

Ya. Tidak disangkal lagi...

Liverpool KALAH game pertama...

Tahniah kepada Man U dan juga Chelsea kerana MENANG...

Menang pun tak lah bergaya sangat....1-0, 2-1...

Dengan team yang baru di naik pangkat seperti Birmingham dan Hull(tahun lepas...)

Tabik kepada Arsenal yang menang bergaya keatas Everton...

Macam ni lah Menang... nak berlagak pun takpa....

Setakat menang sebijik dua dengan team lauk , itu pun riuh sekampung!...hahahaha... lawak.. lawak..

Takpalah yang penting Menang kannn... tak gitu gamaknya fan Man U dan Chelsea....

Aku tak kisah Liverpool kalah....

Yang penting pada aku... HERO KALAH DULU....

Tuesday, July 28, 2009

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Liverpool vs Singapore

Liverpool lawan Singapura:
  • Singapura + pemain import
  • 1 game
  • menang 5-0

Man U lawan Malaysia bawah 23:
  • Malaysia tanpa pemain import, hanya 3 pemain senior
  • 2 game, di ulangi sekali lagi 2 GAME
  • menang 5-2, Malaysia berjaya memBOLOS 2 gol!

Rangking FIFA(setakat Jun 2009):

  • Malaysia - 157
  • Singapora - 127

Siapa lagi power Liverpool atau Man U?

Wednesday, July 22, 2009

Thailand vs Liverpool

Oleh kerana aku TAK lahir, tinggal, sekolah dan kerja di Thailand dengan itu aku sokong Liverpool!

Menang dah pasti...

Berapa gol tak pasti...

Keputusannya sama-samalah kita layan game tu nanti...

Di Astro Ch 811 pukul 9.00 malam ni...

YNWA!

Saturday, July 18, 2009

Malaysia lawan Man U

Aku sedih dengar kat radio ada orang Malaysia sokong Man U laukkan Malaysia...

Aku walaupun penyokong Liverpool kalau lawan Malaysia tetap sokong Malaysia...

Lain lah lawan Singapore atau Thailand sudah tentu aku sokong Liverpool...

Teruk betul penyokong MU ni. Fanatik punya pasal sampai lupa asal usul, lahir, sekolah, kerja kat Malaysia...

Nak fanatik boleh tapi janganlah nak aibkan negara sendiri...

Malaysia kan negara kita...

Dalam apa keadaan pun tetap kena sokong...

Walaupun pasukan bola Malaysia tengah merudum...

Siapa lagi nak sokong kalau orang Malaysia!

YNWA!

Terbaru : Malaysia 2 Man U 3

2 gol tu bagi aku macam 12 gol. Kira Malaysia berjaya LAUKkan Man U 12-3... hehe..

Padan muka dengan fanatik Man U yang nak team dia laukkan Malaysia.

Keputusannya hampir-hampir Malaysia seri dengan Man U kalau tak kerana BEKAS pemain Liverpool yang score gol ke-3.

Tahniah Malaysia!

Wednesday, May 27, 2009

Liverpool Tetap Juara BPL!

Salam bro-bro dan sis-sis semua! Sori la coz aku lama tak update. Bukan apa agak sibuk la ni dengan keje, outstation, keje, outstation, keje dan lain-lain. Pastu weekend kena spend time dengan famili, jalan-jalan, makan-makan, jalan-jalan, makan-makan dan lain-lain. Sampai naik berat badan aku sekilo. Sebab tu jadi malas nak mengadap PC dan menghapdet. Pulak tu last-last game Liverpool asyik menang je dan MU liat tak kalah. Jadi takda bahan aku nak kutuk MU. Bukan frust cuma kecewa sikit.

BPL sudah berakhir dan team KITA bergaya kekalkan momentum kemenangan dengan purata jaringan 2 gol setiap game disamping beroleh mata tertinggi dalam sejarah BPL dengan 86 mata.

Pada aku team KITA Liverpool tetap JUARA cuma bezanya ada perkataan NAIB dihadapannya. Walaupun N. JUARA, team KITA berjaya menekan MU dan membuatkan mereka gabra. Entah apa nasib team macam Villa, Spurs, Wigan yang dah lead tiba-tiba boleh kalah. Seri pun ok. Memang tak boleh harap team-team ni. Lagipun MU bukanlah bagus sangat cuma dorang nasib baik dapat gol tak sengaja dibantu pula dengan beberapa keputusan refree yang terserlah sual.

Walau apa pun, MU telah pun ditabal juara BPL musim 08/09. Ya! MU memang JUARA tapi Liverpool TERBAIK Wok! Kalau di kira dari jumlah jaringan dan paling sikit kalah. MU juga musim ni kalah dua-dua game dengan team KITA termasuk kena LAUK 4-1 di kandang mereka di Old Krepot. Hahaha...kenangan tak boleh lupa tengok bola dengan 2 Fan MU kat Seri Intan Resort, Port Dickson.

Musim depan Liverpool pasti kembali dengan lebih menyengat. Harap-harap ura-ura nak beli Tevez, David Silva, Glen Johnson jadi kenyataan supaya team KITA bukan saja TERBAIK tapi JUARA Wok! Go Liverpool! YNWA!

Malam ni Final Champion League jom ramai-ramai sokong BARCELONA! Kasi LAUK itu MalU!

Barca 3 MU 0

Sunday, May 3, 2009

BPL Gameweek 35 : Keputusannya....

1 Gol betis..

2 Gol kepala..

3 kena palang..

Entah berapa belas melintang kiri-kanan tiang, atas palang gol termasuk 2 tepis keluar..

Keputusannya..

Liverpool 3 Newcastle 0

Tinggal 3 game lagi untuk KITA terus menekan MalU....

Go LIVERPOOL.... YNWA...

Sunday, April 26, 2009

BPL Gameweek 34 : Team KITA Menang!

Liverpool 3 Hull 1.

Kepada yang kata YNWA itu You Never Win Again cuba tengok keputusan di ATAS.

Rasa dah cukup beso font tu. Kalau tak nampak jugak alamat nak mammmp*ssss.... hehe.. gurau.. je takkan marah kot.... hahaha....

Korang silap la... bukan Liverpool FC la kalau tak MENANG dan MENANG dan MENANG lagi.... Seri atau kalah sekali-sekala tu adatlah.

Game hari ni LFC score 3. Biasa tu. Nak score lebih pun boleh cuma KITA simpan untuk game-game akan datang. Team lain nak gak rasa gol-gol dari Liverpool....hak...hak...hak....

Buat fan Chelsea.... Gus Dur kata dah boleh lupakan BPL.... memang punnnn...

Dengan Everton hari tu pun terkial-kial.... 0-0... Apa? Tak score? ish...ish...ish.... Apa punya malang daaa ada striker mahal-mahal tapi tak score!

Hari ni punya game pun score seBIJIK jek. Nasib baik Peter Cech selamatkan penalti. Kalau tak seri lagi! Dok la diam-diam No. 3... haha

Ingat Bai.... DUIT banyak tak boleh beli rekod! Liverpool walau spend ciput tapi masih boleh menggugat malah meLAUKkan team-team mahal macam Real, MalU.

Dengan Chelsea pulak musim ni LFC sudah menang 2 kali, sekali seri dan kalah. Maknanya untuk musim ini Liverpool LEBIH BAIK dari Chelsea malah LEBIH BAIK dari MalU. Dengan Arsenal je seri dua-dua game.

UCL baru peringkat Semi. Kalau Chelsea nak jadi JUARA kali PERTAMA(tak pernah??hoho), kena masuk final dulu. Harap-harap berjaya lah. Good luck jumpa Barca! Jangan kena LAUK sudahhh....

Wednesday, April 22, 2009

Keputusan BPL Gameweek 33 : Liverpool vs Arsengal

Liverpool 4 Arsengal 4

.

Sejak akhir-akhir ini, nampaknya PENYERANG KITA begitu produktif menjaringkan gol. 3 gol.... 4 gol... 5 gol... tu biasa!

Namun begitu,

PERTAHANAN KITA juga produktif meloloskan gol-gol... 4 gol... fuh! itu luar biasa!

Macam ada yang tak kena dengan PERTAHANAN KITA. Awal game nampak macam ok. All under control... Sampaikan Penyerang Arsengal langsung tak menggugat. Malu-malu nak test Reina.

Tapi setelah beberapa ketika.... Tiba-tiba hilang fokus. Kelam kabut. Tak tentu arah. Kawal bola merapu. Lalu berlakulah kesilapan. Pemain lawan seperti Arsengal a.k.a Arshavin ni bertaraf antarabangsa. Pantang dapat peluang begini. Terus shoooot....... kena KITA... haduh!!!

Positifnya,

Walau KITA sudah kena satu(1) ke... dua(2) ke.... Kira ketinggalan lah! Team KITA tidak PUTUS ASA memburu gol sehingga titisan minit terakhir. Sesuatu yang pasukan lain tidak ada tapi TEAM KITA ada. King of Comeback katakan.... Sebab tu KITA JUARA BPL 18 kali dan UCL 5 kali. Team Inggeris paling berjaya bai....

Mengimbas kembali game tadi. Team KITA kena tinggal 3 kali. 0-1, 2-3 dan 3-4... Macam takde pape... Kena tinggal. Kemudian cari gol penyamaan. Berjaya! lead pulak 2-1 . Begitulah team KITA. Untuk mencari gol tiada masalah. Untuk melepaskan gol juga tiada masalah. Yang masalahnya keputusan jadi SERI dan team KITA hilang 2 mata berharga.

Tak Mengapa. Persaingan masih terbuka. Perjuangan memburu JUARA BPL 08/09 masih belum tamat. Mungkin MalU ada kelebihan tapi belum muktamad dia JUARA. LIVERPOOL akan pastikan MalU tertekan hingga akhir musim. Tak Mustahil KITA pula JUARA kali ke-19!

Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah : KITA Gagal Layak tapi Bermaruah...

Chelsea 4 Liverpool 4

KITA berjaya membuat Chelsea GIEGIEL seketika bila mendahului dua kali 2-0 dan 4-3...

KITA berjaya jaringkan lebih 3 gol malah 4 gol seperti yang KITA nak di Stamford Bridge...

KITA berjaya tidak kalah dengan Chelsea di tempat mereka walaupun mereka sepatutnya selesa kerana telah mendahului 3-1...

KITA berjaya kerana KITA LIVERPOOL!

Untuk LIVERPOOL FC...YNWA...

Saturday, April 11, 2009

Keputusan BPL Gameweek 32


Liverpool 4 Blackburn 0

Chelsea 4 Bolton 3

Kalau Bolton boleh score TIGA di Stamford Bridge, tak mustahil team KITA tak boleh!

Bukan saja TIGA. EMPAT. LIMA pun boleh!

Yang penting kena score lebih dari TIGA dan jurang gol tidak kurang dari DUA.

Apa-apa pun kalau Liverpool main macam game tadi...

Cipta peluang jaringan macam game tadi...

Aku rasa takde masalah team KITA nak jinakkan Chelsea di tempat sendiri.

Man Yoo dah kena. Mungkin Chelsea pula.

Tiada yang mustahil.

LIVERPOOL BOLEH!

YNWA!

Thursday, April 9, 2009

Liga Juara-Juara Eropah : Liverpool 1 Chelsea 3

Tenang arr... penyokong Liverpool.

Ya! pasukan KITA kalah pagi tadi. Tapi, kita kena rasional.

Game pagi tadi bukanlah persembahan terbaik Liverpool. Walaupun agak menyakinkan pada awal-awal permainan melalui jaringan Torres pada minit ke-6. Namun permainan seterusnya agak perlahan walaupun pasukan KITA menguasai permainan. Beberapa peluang jaringan terlepas begitu sahaja.

Pertahanan KITA juga kelihatan agak longgar dan menyebabkan Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada akhir-akhir permainan separuh masa pertama melalui tandukan dari tendangan sudut.

Kemudian pada minit ke-62 gol ke-2 menyusul juga melalui tandukan yang hampir sama dengan gol pertama yang seterusnya sama sekali telah mengubah corak permainan pasukan KITA menjadi lebih perlahan dan membiarkan Chelsea bermaharaja lela menguasai permainan sehingga terhasilnya gol ke-3.

Kekalahan pagi tadi bukanlah noktah bagi pasukan KITA. Ini baru perlawanan pertama. Ada perlawanan ke-2. Walaupun tugas agak berat kerana bermain di tempat lawan tapi ianya bukanlah mustahil untuk pasukan KITA mencapai kemenangan dan mara ke separuh akhir.

Kalau diikutkan apalah sangat memburu kejuaraan Liga Eropah dibandingkan pasukan KITA dengan Chelsea. Pasukan KITA sudah 5 kali JUARA manakala Chelsea baru pertama kali ke Final tahun lepas tapi tewas di kaki Man Yoo.

Biarlah fan team lain nak kutuk ke apa. Yang penting kalah ke, seri ke, menang ke, tetap sokong LIVERPOOL! YNWA.

Sunday, April 5, 2009

Keputusan BPL Gameweek 31

Sambil taip post ni sambil layan game MU lawan Villa. Bukan apa, nak tengok MU Kalah!

Kedudukan 1-1. Beberapa minit lalu, John Carew menanduk masuk gol penyamaan hantaran Barry yang telah menyebabkan Van De Sar hanya melihat malu tanpa dapat berbuat apa-apa. Sekarang ni Villa sedang rancak menyerang. Haha...harap-harap MU akan terus gabra di asak Villa. Seri atau kalah akan mengekalkan team KITA di kedudukan teratas.

Menariknya game minggu ini telah menemukan pasukan yang telah menang dengan MU (Liverpool dan Fulham) dan pasukan yang telah diBELASAH teruk oleh LIVERPOOL (MU dan Villa).

Perlawanan malam semalam antara Liverpool dan Fulham sudah tentu memihak kepada team KITA. Tak kisah lah 1-0 ke, score last minit ke, yang penting MENANG! Hanya palang dan tiang yang telah menyelamatkan Fulham dari kekalahan yang lebih besar.

Kata orang kalau sekali kena palang tu biasa, 2 kali tu biasa-biasa. Tapi game semalam 3 kali kena palang dan sekali kena tiang. Huh! macam Fulham ada PAWANG!

Bukan itu aja...

Sepanjang 90 minit, selain palang dan tiang jadi penghalang, bola hanya lalu-lalang di depan gol tanpa berjaya disentuh oleh pemain KITA untuk dimasukkan ke dalam gol.

Itulah kalau orang dulu-dulu tengok game macam ni akan kata Fulham ada PAWANG! Tapi rupanya PAWANG Fulham hanya SAH 90 minit saja.

Ops! min 58.... MU kena lagi! Haha... 1-2 ..... kah!kah!kah! Menarik ni....ingat habis taip post ni nak tidur.... takpe layan sat lagi... fan MU pasti bingit layan sms aku kalau MU kalah lagi!

Sual! min 80.... Score pulak Ronaldo. Tak cukup panjang tangan Friedel. Kedudukan 2-2. Go Villa! Bertahan!


Waduh! min 93.... MU score lagi! oklah masa untuk tidoooo....

Monday, March 23, 2009

4-0.........4-1...........5-0

4-0............4-1..................5-0


Ho..ho..ho...bukan sikit punya gol tuuu.....


Bukan sekali, bukan 2 kali...


Tapi....... sudah 3 kali menang BESAR!



Bukan dengan pasukan divisyen 3, divisyen 2 atau team bawahan....


Tapi..... dengan team bertaraf dunia seperti Real Madrid, Manchester United dan Aston Villa!



Bukan menang nasib, tak sengaja atau refree tolong bagi menang...


Tapi....team kita LIVERPOOL memang POWER!
Power Giler! Giler punya power!


Buat fan team lain JANGAN JEALOUS Haaaa....Hahahahaha.....

Sunday, March 22, 2009

BPL Gameweek 28 : Yeah..Yeah..MU kalah! Chelsea pun kalah!

Haha...Nampaknya badi Malu United diLAUKkan Liverpool masih tak hilang . Kalah lagi dengan Fulham 2-0.

Sudah lah kalah, si Scholes dan si Shrek Rooney kena kad merah.

Haha... padan muka kau Rooney! Lahir je kat Liverpool tapi benci Liverpool! Sampai bila-bila fan Liverpool akan cop engkau sebagai pembenci Liverpool.

Aku rasa la... punca team engkau asyik KALAH ada kena-mengena dengan engkau BENCI Liverpool. Sebab engkau BENCI sangat dengan Liverpool sampai engkau main pun entah apa-apa!

Kesannya kat team engkau Malu United. Minggu lepas diLAUK a.k.a diMALUkan Liverpool. Hari ni diMALUkan pula oleh Fulham...hahahaha...ketawa sikit je sebab minggu lepas dah ketawa banyak....hahahaha...

Yang bestnya hari ini Chelsea pun KALAH! Walau diurus Gus Hiddik atau Gus Dur sekalipun... Chelsea bukanlah kebal dan tidak boleh dikalahkan. Akhirnya hari ini kalah jugak di kaki pemain Spurs.

Dengan kekalahan Chelsea beri peluang kepada Liverpool untuk naik ke tangga ke-2 dan berada 1 mata di belakang Malu United dengan syarat menang dengan Aston Villa esok.

Pada firasat aku team kita takde masalah nak jinakkan Villa yang tengah off form ni
kalau maintain main macam game dengan Real dan Malu.

Apa-apa pun kita tunggu ESOK....eh! MALAM INI pukul 12.00 am....

Saturday, March 14, 2009

eeee......Malu...yoU......Liverpool 4 MU 1

Kah!Kah!Kah!

Liverpool 4 Manchester United 1

Kah!Kah!Kah!

Menang kat Old Krepot tuuuu....

Kah!Kah!Kah!

Padan muka si Shrek Rooney!!!

Benci Liverpool konon sejak dulu lagi...

Kah!Kah!Kah!

Dan aku nak kata kat dia...

Aku pula benci MU sejak dulu lagi sebelum dia lahir!!!!

Kah!Kah!Kah!!!

Buat Kamal dan Saadon, 2 penyokong TEGAR MU yang sama-sama saksikan game ini dengan Aku dan Asri di Port Dickson....

Sebelum game Kamal kata MU menang 2-1...

Saadon tak kata apa....

Tapi....

Kah!Kah!Kah!!!

Nampaknya tamat Separuh Masa Liverpool pulak lead 2-1....

Kah!Kah!Kah!!!

Selepas itu, Liverpool lead 3-1....

Asri dengan nada perlahan kata kat Kamal...."Mal....kalau ko rase nak tengok AF boleh join kaum ibu kat bilik sebelah..."

Kah!Kah!Kah!!!

Pedih!Pedih! Senyap sunyi penyokong MU tak kata apa....

Kah!Kah!Kah!

Kemenangan bersejarah juga kenangan manis kerana....

Pertama kali tengok bola dengan penyokong MU Kamal dan Saadon....

Walau TV kat Seri Intan Resort ni KECIK....


Yang penting Liverpool MENANG BESAR dengan MU.....

Eh! Ada gelaran baru untuk MU.......eeeeeeeeeee........ Malu yoUuuuu!!!!

Kah!Kah!Kah!

Wednesday, March 11, 2009

Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahalll??? Real Madridddddd!!!

Kali ni...

Tepat 3.40 aku bangun. Walau tidur agak lewat pukul 12.30 dan tak tidur depan tv...

Bermula je game...sms pertama diterima dari Shahrom..."Bangun!!Start dah nie.."

3 minit kemudian...Shahrom sms lagi..."hehe...gua dah lalok ni!hampir2 Tores tu..."

Memang bertalu-talu Liverpool serang... dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah... Tak sempat bernafas pemain-pemain Real..

Marcherano juga hampir-hampir tapi berjaya di tepis Casillas... Bagus pulak keeper ni... Memang pun.. Keeper Juara Eropah 2008 tuu...

Minit ke-15... akhirnya yang ditunggu-tunggu.... golllll!!! Siapa lagi kalau bukan Torres yang score... Liverpool 1 Real 0

Minit ke-18...Pepe kena kad kuning. Ganas mamat ni. Tengok muka dah tau. Haha... padan muka!

Minit ke-21...Tandukan Skyrtel nyaris! Sekali lagi Casillas penyelamat...

2 minit lepas tu melalui gerakan cantik Torres dan Gerrard menyambung. Juga hampir-hampir...

Minit ke-27... Penalti!! Gerrard ambil dan gollll...Liverpool 2 Real 0

Minit ke-47...Tamat Separuh Masa Pertama. Standard game macam Liverpool lawan West Brom. Teruk Real kena asak. Liverpool main memang class. Terutama gandingan Torres dan Gerrard. Di bantu Alonso di tengah. Babel, Kuyt dan Marcherano juga tak mengecewakan. Pertahanan memang mengkagumkan. Real main macam anak ayam. Bukan macam pasukan yang ada player mahal-mahal.

Babak ke-2 bermula...

Liverpool terus mengasak. Tak sampai 3 minit gawang Real bolos kali ke-3...golllll!!! Gerrard sekali lagi... hohoho... Liverpool 3 Real 0... Makin berat la Real nak kejo...

Minit ke 59... Alonso dikeluarkan dan Lucas masuk...ni yang aku risau kalau mamat ni main... Selepas itu game di kuasai Real dengan Liverpool jarang-jarang menyerang.

Minit ke-71... Gerrard dikeluarkan. Penggantinya Jay Spearing. Pemain muda berusia 20 tahun. Ada potensi mamat ni.

Minit ke-82... Real score...gollll!!! eh! tak! offside...hehe.. sian Real kempunan nak score...

Beberapa saat selepas Real 'score' Dosenna dikeluarkan dari bangku simpanan bermakna Torres akan masuk ke bangku simpanan itu...

Minit ke-87...Golllll lagiiii!!!! Dosenna score!! Liverpool 4 Real 0

Yang penting gol ke-4 itu tanpa Alonso, Gerrard dan Torres di padang....

Minit ke-93...Wisel penamat ditiupkan....pheeeewittttttt!!!!!!!!!!!

Sms terakhir aku kepada kawan-kawan seLiverpool...."Betul-betul kena lauk Real pagi ni...haha"

Wednesday, March 4, 2009

BPL Gameweek 28 : Liverpool Menang 2-0

Hihi...lewat pulak update. Habis game pagi tadi ngantuk giler. Tengok pun second half. Sebab aku ingat bangun 3.50 rupanya 4.50. Ok lah tu dari tak bangun langsung macam game dengan Real Madrid hari tu.

Ok, pasal game tadi...

Pelik gak tengok posisi Marsherano kat sebelah bek kanan. Hari tu test Skyrtel tapi tak berapa menjadi. Hai! Rafa takde player lain ke nak test? Pemain muda ke? Gerrard dulu masa mula-mula main kat posisi tu. Pada aku Rafa patut test pemain muda terutama pemain Inggeris. Siapa tau kan mungkin ada yang menyerlah nanti.

Tapi, siapalah aku nak persoalkan Rafa. Mungkin dia tau sebab musababnya. Mungkin Rafa nak try and error agaknya. Nasib baik menang. Kalau seri atau kalah? Tentu peminat persoalkan rasional keputusan Rafa itu.

Positifnya, Rafa beri peluang David Ngog bermain lagi kali ini dalam kesebelasan utama dan pemain itu membalas kepercayaan Rafa dengan menjaringkan gol. Gol kedua juga hasil dari sumbangan pemain itu. Tapi aku sikit frust Rafa keluarkan dia awal. Bagi la peluang dia main full time. Yang ganti si Lucas pulak. Berubah rentak permainan. Sekali lagi, siapalah aku nak mempertikai tindakan Rafa itu.

Takpelah yang penting dah menang. Lepas ni ada game besar menanti. Lawan lauk mahal.

Sunday, March 1, 2009

BPL Gameweek 27 : Kecewa di Riverside

Aduyai...kalah lah pulak! Baru beberapa hari suka, gembira, hepi-hepi, setelah menang dengan pasukan kaya, hari ni kalah pulak dengan pasukan tak berapa kaya. Bukan saja tak kaya, pasukan bawahan pulak tu. Pasukan kita kedua teratas lawan pasukan kedua terbawah. Sepatutnya tiada masalah untuk melaukkan, tapiiii.... pasukan kita pulak yang kena.

Kalau ikutkan hati malas nak update post ni tapi aku gagahkan juga walau pagi nanti pukul 8 aku ada tournament Sepak Takraw.

Pada pandangan aku ada beberapa faktor yang menyebabkan Liverpool kalah.

1. Liverpool gagal jaringkan gol awal walau ada peluang terbaik. Dengan kegagalan tersebut membuatkan pemain Liverpool tertekan untuk memburu gol.

2. Gerrard tidak cergas sepenuhnya. Bermain terlalu berhati-hati. Walaupun begitu masih berupaya lakukan hantaran dan gerakan yang mengamcam. Namun akhirnya tercedera lagi dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

3. Ketika kedudukan 1-0, sekali lagi peluang baik dipersiakan oleh El Zhar. Mungkin keputusan boleh berubah kepada seri atau menang kalau berjaya manfaatkan peluang terbaik tersebut.

4. Skyrtel gagal berperanan sebagai bek kanan.

5. Babel tidak mengamcam langsung pertahanan lawan. Walau punya larian yang pantas namun tiada satu pun peluang terbaik dicipta melainkan melepaskan peluang terbaik jaringkan gol.

6. Pemain gantian yang tidak efektif langsung seperti Ngog dan Lucas. Ngog tu boleh terima sebab jarang-jarang dapat peluang main. Lucas ni, kira selalu gak main tapi tak pandai-pandai jugak macam Alonso.

7. Gol sendiri oleh Alonso mengubah terus permainan yang pada mulanya dikuasai Liverpool. Mungkin disebabkan tekanan atau Boro dapat semula keyakinan.

Dengan kekalahan kali ke-2 musim ini pasukan kita jatuh satu tangga dan jika Manure menang game akan datang semakin susah lah team kita nak kejo. Harap-harap je lah Manure kalah.

Thursday, February 26, 2009

Keputusan Perlawanan Champions League 08/09 Liverpool lawan Real Madrid

Pukul 4.32 am - Asri sms " Refree macam sual!"

Pukul 5:28 am - Jebeng sms "Bravo!"

Pukul 5:36 am - Shahrim sms "Yessss....Liverpool makan lauk mahal malam ni!"


.

Aku jawab sekaligus sms tu........... " Siot ah!! 6.30 baru sedar!!"

.

Macam mana aku boleh tak sedar ni......

Padahal...

Aku dah set alarm henfon pukul 3.30 am..

Aku korban tak tidur dalam bilik sebab nak baring depan TV sambil TV pun aku tak off...

Sedar-sedar je aku tengok muka Joe Cole tengah cakap-cakap dengan entah sapa nama pengulas 2-3 orang tu. Ingatkan baru nak start game atau half time....rupanya...

Takpelah yang penting Liverpool menang 1-0. Peristiwa kemenangan ke atas Barcelona 2 tahun lalu di tempat lawan berulang lagi. Kali ni dengan kelab paling kaya di dunia Real Madrid. Haha... Padan muka dengan Presiden baru dia tu. Cakap besar. Kah..kah..kah! Kan dah kalah.

Lain kali kalau nak cakap besar tengok-tengoklah team mana nak lawan. Ini Liverpool lah! Walau tak sekaya Real Madrid tapi masih gagah tumbangkan team-team besar malah yang lebih kaya dari Liverpool. Salute Rafa. Juga pemain-pemain Liverpool. Walau tanpa Gerrard masih boleh menang.


Malam ni aku tak peduli! Pukul 10.30 mesti nak dok depan TV channel 812. Nak layan perlawanan ulangan.


Monday, February 23, 2009

Gameweek 26 : Liverpool 1 Manchester City 1

Seri lagi dan pasukan kita ketinggalan 7 mata dengan Manure.

Sesungguhnya perlawanan malam tadi seharusnya menjadi milik kita sekiranya beberapa pemain seperti Riera, Benayoun tidak melepaskan peluang terhidang pada separuh masa pertama. Tambahan lagi MC bukanlah pasukan yang mengancam walaupun dibarisi pemain bintang seperti Robinho dan Bellamy.

Dek kerana kealpaan pada awal separuh masa kedua menyebabkan pasukan kita ketinggalan dan kemudian memberi tekanan untuk memburu gol seterusnya kemenangan. Akibat dari gol tersebut permainan Liverpool menjadi tidak tentu hala sehinggalah 14 minit menuju masa penamat.

Pada minit 76, Aurelio dimasukkan menggantikan Dosenna. Walaupun baru sebentar di pandang, lorongan di sebelah kiri pintu gol MC kepada Benayoun yang kemudiannya di lintang ke tengah cuba di sambut Torres dengan tendangan tapi tidak tepat dan bola singgah di kaki Kuyt dan terhasil lah gol penyamaan.

Selepas gol tersebut pasukan kita kembali bersemangat memburu gol kemenangan tetapi beberapa peluang terbaik gagal di sudahkan sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat. Kecewa tapi pasrah dan merupakan seri ke-6 musim ini di Anfield.


Pada pandangan aku...

Pemain terbaik - Dirk Kuyt

Pemain hampeh - Lucas Leiva

Sunday, February 8, 2009

Pehhh lega giler.... Liverpool 3 Portsmouth 2

Suspen. Mana tidaknya dua kali ketinggalan akhirnya team kita Liverpool menang. Torres sekali lagi penyelamat walaupun bermain pada 15 minit terakhir. Ketika Torres masuk menggantikan Babel yang terlepas peluang terbaik ala Keane kedudukan ialah 1-1.

Beberapa minit kemudian Portsmouth sekali lagi mendahului 2-1 melalui gol tanduk set piece kelemahan Liverpool. Nasib baik pertahanan Portsmouth si Distin tu bangang tendang tak kena, di eksploitasikan oleh Torres kemudian bola singgah di kaki Kuyt yang merembat sipi di atas bahu James terus menerjah jaring menjadikan kedudukan 2-2.

Gol tersebut menyemarakkan lagi serangan demi serangan Liverpool dan akhirnya melalui gerakan Mascherano dan Benayoun di sebelah kiri bola di lintang ke tengah dan Torres menanduk, James menepis dan.......golllll!!!

Sementara melayan ulang tayang gol tersebut, kawan se-Liverpool sms "Pehhh lega giler..." aku jawab "Memang keje giler" Mana tak giler bai, 5 pertahanan Rafa turunkan tapi masih bolos 2 gol. Dua kali ketinggalan, nasib baik Crouch dan Distin buat silap. Kalau tak, bye-bye lah title kejuaraan liga.

Monday, February 2, 2009

Akhirnya... Liverpool 2 Chelsea 0

Setelah seri manjang Liverpool akhirnya mencapai kemenangan dengan menewaskan Chelsea 2-0 di Anfield. Kemenangan motivasi yang bukan saja menjarakkan 3 mata dengan Chelsea juga memberi tekanan kepada Em You sebagai pendahulu liga.

Em You ingat boleh happy-happy kat atas kalau keputusan seri tapi telah dibuktikan Liverpool masih berupaya mencabar kejuaraan liga musim 2008/09.

Mungkin ramai yang mengatakan kemenangan Liverpool semalam telah dibantu oleh keputusan kontroversi pengadil melayangkan kad merah kepada Lampard. Tetapi menyaksikan perlawanan semalam semasa ada Lampard pun Liverpool tidak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Chelsea. Cuma Chelsea bernasib baik tidak bolos lebih awal dan nasib tersebut nampaknya berpihak kepada Liverpool setelah Lampard dibuang padang. Apa-apa pun aku bersimpati dengan Chelsea dan mereka kena terima kenyataan ini adalah keputusan pengadil.

Pesan untuk Lampard, "Lain kali nak tackle jangan angkat kaki tinggi-tinggi, kan dah kena buang padang..." Nampaknya makin benganglah Scolari dengan pengadil(Ada aku kesah?!).

Perlawanan malam tadi juga telah mengembalikan semula sentuhan jaringan Fernando Torres yang agak tandus sebelum ini. Walaupun telah di kawal ketat John Terry dan Alex namun Torres berjaya meloloskan 2 gol untuk Liverpool. Satu kejayaan strategi Rafa merehatkan Robbie Keane. Mungkin juga Rafa simpan Keane untuk perlawanan ulangan FA Cup dengan Everton.

Harap-harap Keane yang berada di Anfield menyaksikan perlawanan malam tadi dapat belajar sesuatu dari Torres bagaimana nak jaring gol dengan lebih kerap.YNWA.

Monday, January 26, 2009

Piala FA : Liverpool 1 Everton 1

Seri lagi bai...huhu. Nasib baik FA Cup. Bila seri, ada perlawanan ulangan. Ada peluang balas dendam. Tambah satu game lagi lawan Everton. Menjadikan pada musim ini, Liverpool bertemu Everton 4 kali. 2 BPL, 2 FA Cup.

Termasuk game semalam, Liverpool menang sekali, seri 2 kali. Kali ke-4 nanti? Aku rasa Liverpool boleh menang, sekiranya mengekalkan tahap permainan seperti semalam. Lagipun, kalau di ambil kira rekod Liverpool bermain di tempat lawan, mungkin tiada masalah. Masalah Liverpool sekarang ialah bermain di tempat sendiri. Seolah-olah ada badi seri. Mungkin juga ini disebabkan tekanan bermain di hadapan penyokong sendiri.

Mengimbau perlawanan semalam walaupun Liverpool mempamerkan permainan yang memberansangkan seawal minit pertama namun Everton pula yang dapat gol dulu. Hawau tol! tu...lah Rafa...kan aku dah kata... pertahanan Liverpool lemah dengan set-piece. Gol itu berpunca dari tendangan sudut yang singgah di kepala Cahill(Cahill lagiii!!) lalu disambung pula oleh Lescort. Liverpool punyalah serang dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah, tiba-tiba Everton pulak leading. Memang Everton bernasib baik!

Everton ingat boleh bertahan dengan 1 gol. Wei! ini Liverpool lah! Sedangkan 3-0 boleh kejo, inikan pula 1 gol. Sikit punya hal tuu. Aku memang percaya, yakin, pasti, Liverpool boleh balas semula! setakat 1 gol no problem...2-3 gol mungkin...

Memang sangkaan ku benar belaka. Sebaik separuh masa kedua bermula, Liverpool mengasak semula bertubi-tubi menyebabkan pertahanan Everton kelam kalibut menahan asakan . Akhirnya melalui gerakan 1-2 antara Gerrard dan Torres maka terhasillah gol yang dinanti-nantikan. Gol yang agak cantik melalui kuisan kebelakang tidak jejak tanah Torres kemudian di sambut oleh Gerrard dengan rembatan padu dan gollllll!!!!........yeah! Gerrard score! yeah..yeah!! Salute la Gerrard! Walau masalah sedang melanda ko..ko tetap jadi hero....memang ko hero Liverpool!

Selepas gol penyamaan tersebut, Liverpool menyambung asakan tanpa jemu. Kemasukan Riera menggantikan Babel menambah lagi sengat. Namun gol kedua yang dinanti tidak kunjung tiba. Hampir-hampir, sipi-sipi.... tetapi akhirnya memang sudah termaktub Liverpool seri lagi . Seri pun seri lah... Kalau main macam semalam seri pun aku tak kisah. Kata orang hero seri dulu...

Tuesday, January 20, 2009

Seri lagi lah pulok!

Tak sia-sia bangun awal pagi! Itu yang aku rasa sehingga minit 87. Tapi apakan daya harapkan dapat bertahan hingga ke akhir game, Cahill pula jadi pemusnah. Sual tol. Kalau bukan kerana gol itu sudah tentu Liverpool kembali merampas tangga teratas dari Em You.

Mungkin silap Liverpool juga kerana terlalu yakin dengan kelebihan 1 gol dengan cuba memperlahankan permainan tapi dalam apa jua keadaan sedikit kesilapan dan kealpaan boleh membawa padah.

Itulah yang Rafa lakukan pada minit terakhir dengan menggantikan Torres dengan Lucas. Kadang-kadang taktik sebegini menjadi tapi tidak pada game kali ni. Permainan lebih tertumpu di kawasan tengah dan kurang menyerang. Akhirnya Everton pula yang jaringkan gol penyamaan. Disamping itu antara kelemahan ketara Liverpool ialah membaca set piece pasukan lawan melalui tendangan percuma atau sudut. Banyak juga gol yang telah menerobos gawang Liverpool melalui kaedah ini. Rafa kena lakukan sesuatu ni.

Mengimbas perlawanan pagi tadi, Rafa seolah mendengar rintihan peminat Liverpool yang inginkan barisan terbaik diturunkan. Itulah yang sepatutnya Rafa lakukan untuk perlawanan sebelum-sebelum ini. Turunkan barisan terbaik sebab setiap perlawanan adalah penting untuk menang supaya dapat jarakkan mata sebanyak yang mungkin untuk mengurangkan tekanan sebagai pendahulu. Tengok? Apa dah jadi sekarang?

Mengenai perlawanan pagi tadi, yang bagusnya pemain harapan aku ada dalam game dengan Everton cuma kemampuan masih terbatas akibat baru pulih dari kecederaan. Keserasian antara Keane dan Torres pula masih belum terserlah. Namun dengan adanya kedua pemain tersebut kawalan pertahanan lawan akan lebih rawak tidak tertumpu pada 1 atau 2 pemain. Tumpuan lebih kepada ramai pemain telah berjaya melonggarkan kawalan terhadap Gerrard hingga terhasil gol pendahuluan. Namun ianya tidak kekal lama akibat Rafa lupa permintaan aku agaknya supaya jangan keluarkan Keane dan Torres dulu selagi belum lead 2-3 gol. Takpalah Rafa, lain kali ingat ya.

Walau apa pun kita kata itu dan ini, keputusan pagi tadi tidak boleh di ubah. Rafa pun bukan baca blog ni. Yang seri tetap seri walau menangis air mata kaler jersi merah sekalipun. Apa yang Rafa dan Liverpool perlu buat sekarang mencari semula formula kemenangan yang semakin hilang. Belum terlambat untuk bertindak dan aku percaya Rafa akan melakukan sesuatu supaya Kejuaraan Liga Inggeris 08/09 akan menjadi milik pasukan Liverpool nanti. YNWA.

Saturday, January 17, 2009

Menjelang perlawanan Gameweek 22 : Liverpool lawan Everton


Aku cuma nak request kat Rafa...tolonglah turunkan barisan terbaik!

Aku tau la ni dia tak sihat, tapi dengarlah rayuan penyokong Liverpool mu ini. Tolonglah...
kami nak menang! bukan seri!

Kalau boleh aku nak Keane,Torres, Alonso(kalau dia dah cergas) ada dalam 11 utama. Score dulu 2-3-4 gol lepas tu nak ganti dengan reserve ganti la...dengan syarat tengah leading 2-3 gol dulu...

Ini game dengan Everton amat penting maaa... Itu MU sudah rapat... sekali lagi Liverpool buang itu point... 2 kali itu MU tambah point... Banyak bahaya wooo... Tapi wa dengar, itu Rooney sudah injured... wah! bagut-bagut.. lagi banyak itu MU punya player injured lagi bagut....wa manyak sukaaa.... haha.... (tanduk setan sudah keluar... hahaha)

Ok, untuk game malam Isnin nanti(waktu Malaysia Selasa pagi... waduh! kena bangun pagiiii) harap-harap Liverpool tak menghampakan. Memang ketika dan saat ini permainan Everton sedang meningkat. Walau meningkat macam mana pun Everton, aku pasti, yakin, percaya Liverpool boleh menang. Liverpool Boleh! YNWA!

Sunday, January 11, 2009

Seri lagi di Stoke City!

Kecewa! Berjaga sampai pukul 3.30 pagi at last draw lagi! Hangin betol! Peluang untuk jarakkan jurang mata melepas begitu saja. Harap-harap game MU lawan Chelsea malam ni pun seri jugak.


Aku kadang-kadang tak faham dengan taktik Rafa kali ni. Setelah berpengalaman seri dengan Stoke masa di Anfield September tahun lalu, sepatutnya inilah masa Liverpool membalas semula dengan berbelas-belas gol(kalau boleh la...). Pasukan bawahan takkan tak boleh belasah? Tapi melihatkan kesebelasan utama yang Rafa pilih aku dah rasa 50-50. Mana Keane? Mana Torres?

Aku memang mengharapkan Keane atau Torres atau kedua-duanya ada sebagai penyerang tapi malangnya Rafa memilih Kuyt sebagai penyerang utama bergandingan dengan Gerrard. Pelik gak apasal Rafa taknak guna Keane sebagai penyerang tunggal? Aku boleh terima Torres tiada dalam senarai sebagai langkah keselamatan kerana baru sembuh dari kecederaan. Atau mungkinkah Rafa dah mula sangsi dengan presrasi Keane? Tak turunkan Keane semalam pun seri gak 0-0. Rugi bai beli mahal-mahal lepas tu simpan. Dalam keadaan terdesak kadang-kadang mamat ni boleh pakai jugak seperti game dengan Arsenal dan Bolton.

Pada aku, untuk perlawanan penting seperti semalam Rafa seharusnya menurunkan barisan terkuat supaya dapat mengumpul mata semaksimum yang boleh. Bukan memilih penyerang pilihan ke-3 atau ke-4 sebagai menggalas tanggungjawab jaringkan gol. Bergandingan pulak dengan pemain tengah seperti Marcherano dan Lucas yang tak se-kreatif Alonso. Peluang menjadi lebih sukar. Memang sukar pun. Ditambah taktik Stoke yang bermain agak bertahan dan fizikal, ruang untuk jaringkan gol menjadi terhad.

Lebih baik letak semula Gerrard di tengah berganding dengan Marcherano. Sementara Kuyt kekal di kanan dan Babel atau Riera di kiri. Aku rasa eksperimen Rafa gagal semalam. Kalau dah tak percaya dengan Keane apa tunggu lagi? Owen sedang menunggu untuk di offer.

Seperkara lagi kelemahan Liverpool ialah sayap kanan. Buat masa ini Kuyt dan Benayoun yang dipertanggungjawabkan. Kira bolehlah. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang hampeh! Sebelum ni aku ada terbaca Spurs offer Lennon swap dengan Pennant. Wah! berita baik tu. Tapi la ni senyap pulak. Pennant pula dengar khabar di offer kontrak baru setahun dengan Liverpool. Tak jadi lah tu. Takpelah tak dapat Lennon, ada beberapa pemain lain yang Rafa boleh buat Eksperimen seperti El Zhar, tak pun Ar Zhar...hehe.. :D