Sunday, April 26, 2009

BPL Gameweek 34 : Team KITA Menang!

Liverpool 3 Hull 1.

Kepada yang kata YNWA itu You Never Win Again cuba tengok keputusan di ATAS.

Rasa dah cukup beso font tu. Kalau tak nampak jugak alamat nak mammmp*ssss.... hehe.. gurau.. je takkan marah kot.... hahaha....

Korang silap la... bukan Liverpool FC la kalau tak MENANG dan MENANG dan MENANG lagi.... Seri atau kalah sekali-sekala tu adatlah.

Game hari ni LFC score 3. Biasa tu. Nak score lebih pun boleh cuma KITA simpan untuk game-game akan datang. Team lain nak gak rasa gol-gol dari Liverpool....hak...hak...hak....

Buat fan Chelsea.... Gus Dur kata dah boleh lupakan BPL.... memang punnnn...

Dengan Everton hari tu pun terkial-kial.... 0-0... Apa? Tak score? ish...ish...ish.... Apa punya malang daaa ada striker mahal-mahal tapi tak score!

Hari ni punya game pun score seBIJIK jek. Nasib baik Peter Cech selamatkan penalti. Kalau tak seri lagi! Dok la diam-diam No. 3... haha

Ingat Bai.... DUIT banyak tak boleh beli rekod! Liverpool walau spend ciput tapi masih boleh menggugat malah meLAUKkan team-team mahal macam Real, MalU.

Dengan Chelsea pulak musim ni LFC sudah menang 2 kali, sekali seri dan kalah. Maknanya untuk musim ini Liverpool LEBIH BAIK dari Chelsea malah LEBIH BAIK dari MalU. Dengan Arsenal je seri dua-dua game.

UCL baru peringkat Semi. Kalau Chelsea nak jadi JUARA kali PERTAMA(tak pernah??hoho), kena masuk final dulu. Harap-harap berjaya lah. Good luck jumpa Barca! Jangan kena LAUK sudahhh....

Wednesday, April 22, 2009

Keputusan BPL Gameweek 33 : Liverpool vs Arsengal

Liverpool 4 Arsengal 4

.

Sejak akhir-akhir ini, nampaknya PENYERANG KITA begitu produktif menjaringkan gol. 3 gol.... 4 gol... 5 gol... tu biasa!

Namun begitu,

PERTAHANAN KITA juga produktif meloloskan gol-gol... 4 gol... fuh! itu luar biasa!

Macam ada yang tak kena dengan PERTAHANAN KITA. Awal game nampak macam ok. All under control... Sampaikan Penyerang Arsengal langsung tak menggugat. Malu-malu nak test Reina.

Tapi setelah beberapa ketika.... Tiba-tiba hilang fokus. Kelam kabut. Tak tentu arah. Kawal bola merapu. Lalu berlakulah kesilapan. Pemain lawan seperti Arsengal a.k.a Arshavin ni bertaraf antarabangsa. Pantang dapat peluang begini. Terus shoooot....... kena KITA... haduh!!!

Positifnya,

Walau KITA sudah kena satu(1) ke... dua(2) ke.... Kira ketinggalan lah! Team KITA tidak PUTUS ASA memburu gol sehingga titisan minit terakhir. Sesuatu yang pasukan lain tidak ada tapi TEAM KITA ada. King of Comeback katakan.... Sebab tu KITA JUARA BPL 18 kali dan UCL 5 kali. Team Inggeris paling berjaya bai....

Mengimbas kembali game tadi. Team KITA kena tinggal 3 kali. 0-1, 2-3 dan 3-4... Macam takde pape... Kena tinggal. Kemudian cari gol penyamaan. Berjaya! lead pulak 2-1 . Begitulah team KITA. Untuk mencari gol tiada masalah. Untuk melepaskan gol juga tiada masalah. Yang masalahnya keputusan jadi SERI dan team KITA hilang 2 mata berharga.

Tak Mengapa. Persaingan masih terbuka. Perjuangan memburu JUARA BPL 08/09 masih belum tamat. Mungkin MalU ada kelebihan tapi belum muktamad dia JUARA. LIVERPOOL akan pastikan MalU tertekan hingga akhir musim. Tak Mustahil KITA pula JUARA kali ke-19!

Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah : KITA Gagal Layak tapi Bermaruah...

Chelsea 4 Liverpool 4

KITA berjaya membuat Chelsea GIEGIEL seketika bila mendahului dua kali 2-0 dan 4-3...

KITA berjaya jaringkan lebih 3 gol malah 4 gol seperti yang KITA nak di Stamford Bridge...

KITA berjaya tidak kalah dengan Chelsea di tempat mereka walaupun mereka sepatutnya selesa kerana telah mendahului 3-1...

KITA berjaya kerana KITA LIVERPOOL!

Untuk LIVERPOOL FC...YNWA...

Saturday, April 11, 2009

Keputusan BPL Gameweek 32


Liverpool 4 Blackburn 0

Chelsea 4 Bolton 3

Kalau Bolton boleh score TIGA di Stamford Bridge, tak mustahil team KITA tak boleh!

Bukan saja TIGA. EMPAT. LIMA pun boleh!

Yang penting kena score lebih dari TIGA dan jurang gol tidak kurang dari DUA.

Apa-apa pun kalau Liverpool main macam game tadi...

Cipta peluang jaringan macam game tadi...

Aku rasa takde masalah team KITA nak jinakkan Chelsea di tempat sendiri.

Man Yoo dah kena. Mungkin Chelsea pula.

Tiada yang mustahil.

LIVERPOOL BOLEH!

YNWA!

Thursday, April 9, 2009

Liga Juara-Juara Eropah : Liverpool 1 Chelsea 3

Tenang arr... penyokong Liverpool.

Ya! pasukan KITA kalah pagi tadi. Tapi, kita kena rasional.

Game pagi tadi bukanlah persembahan terbaik Liverpool. Walaupun agak menyakinkan pada awal-awal permainan melalui jaringan Torres pada minit ke-6. Namun permainan seterusnya agak perlahan walaupun pasukan KITA menguasai permainan. Beberapa peluang jaringan terlepas begitu sahaja.

Pertahanan KITA juga kelihatan agak longgar dan menyebabkan Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada akhir-akhir permainan separuh masa pertama melalui tandukan dari tendangan sudut.

Kemudian pada minit ke-62 gol ke-2 menyusul juga melalui tandukan yang hampir sama dengan gol pertama yang seterusnya sama sekali telah mengubah corak permainan pasukan KITA menjadi lebih perlahan dan membiarkan Chelsea bermaharaja lela menguasai permainan sehingga terhasilnya gol ke-3.

Kekalahan pagi tadi bukanlah noktah bagi pasukan KITA. Ini baru perlawanan pertama. Ada perlawanan ke-2. Walaupun tugas agak berat kerana bermain di tempat lawan tapi ianya bukanlah mustahil untuk pasukan KITA mencapai kemenangan dan mara ke separuh akhir.

Kalau diikutkan apalah sangat memburu kejuaraan Liga Eropah dibandingkan pasukan KITA dengan Chelsea. Pasukan KITA sudah 5 kali JUARA manakala Chelsea baru pertama kali ke Final tahun lepas tapi tewas di kaki Man Yoo.

Biarlah fan team lain nak kutuk ke apa. Yang penting kalah ke, seri ke, menang ke, tetap sokong LIVERPOOL! YNWA.

Sunday, April 5, 2009

Keputusan BPL Gameweek 31

Sambil taip post ni sambil layan game MU lawan Villa. Bukan apa, nak tengok MU Kalah!

Kedudukan 1-1. Beberapa minit lalu, John Carew menanduk masuk gol penyamaan hantaran Barry yang telah menyebabkan Van De Sar hanya melihat malu tanpa dapat berbuat apa-apa. Sekarang ni Villa sedang rancak menyerang. Haha...harap-harap MU akan terus gabra di asak Villa. Seri atau kalah akan mengekalkan team KITA di kedudukan teratas.

Menariknya game minggu ini telah menemukan pasukan yang telah menang dengan MU (Liverpool dan Fulham) dan pasukan yang telah diBELASAH teruk oleh LIVERPOOL (MU dan Villa).

Perlawanan malam semalam antara Liverpool dan Fulham sudah tentu memihak kepada team KITA. Tak kisah lah 1-0 ke, score last minit ke, yang penting MENANG! Hanya palang dan tiang yang telah menyelamatkan Fulham dari kekalahan yang lebih besar.

Kata orang kalau sekali kena palang tu biasa, 2 kali tu biasa-biasa. Tapi game semalam 3 kali kena palang dan sekali kena tiang. Huh! macam Fulham ada PAWANG!

Bukan itu aja...

Sepanjang 90 minit, selain palang dan tiang jadi penghalang, bola hanya lalu-lalang di depan gol tanpa berjaya disentuh oleh pemain KITA untuk dimasukkan ke dalam gol.

Itulah kalau orang dulu-dulu tengok game macam ni akan kata Fulham ada PAWANG! Tapi rupanya PAWANG Fulham hanya SAH 90 minit saja.

Ops! min 58.... MU kena lagi! Haha... 1-2 ..... kah!kah!kah! Menarik ni....ingat habis taip post ni nak tidur.... takpe layan sat lagi... fan MU pasti bingit layan sms aku kalau MU kalah lagi!

Sual! min 80.... Score pulak Ronaldo. Tak cukup panjang tangan Friedel. Kedudukan 2-2. Go Villa! Bertahan!


Waduh! min 93.... MU score lagi! oklah masa untuk tidoooo....