Sunday, April 5, 2009

Keputusan BPL Gameweek 31

Sambil taip post ni sambil layan game MU lawan Villa. Bukan apa, nak tengok MU Kalah!

Kedudukan 1-1. Beberapa minit lalu, John Carew menanduk masuk gol penyamaan hantaran Barry yang telah menyebabkan Van De Sar hanya melihat malu tanpa dapat berbuat apa-apa. Sekarang ni Villa sedang rancak menyerang. Haha...harap-harap MU akan terus gabra di asak Villa. Seri atau kalah akan mengekalkan team KITA di kedudukan teratas.

Menariknya game minggu ini telah menemukan pasukan yang telah menang dengan MU (Liverpool dan Fulham) dan pasukan yang telah diBELASAH teruk oleh LIVERPOOL (MU dan Villa).

Perlawanan malam semalam antara Liverpool dan Fulham sudah tentu memihak kepada team KITA. Tak kisah lah 1-0 ke, score last minit ke, yang penting MENANG! Hanya palang dan tiang yang telah menyelamatkan Fulham dari kekalahan yang lebih besar.

Kata orang kalau sekali kena palang tu biasa, 2 kali tu biasa-biasa. Tapi game semalam 3 kali kena palang dan sekali kena tiang. Huh! macam Fulham ada PAWANG!

Bukan itu aja...

Sepanjang 90 minit, selain palang dan tiang jadi penghalang, bola hanya lalu-lalang di depan gol tanpa berjaya disentuh oleh pemain KITA untuk dimasukkan ke dalam gol.

Itulah kalau orang dulu-dulu tengok game macam ni akan kata Fulham ada PAWANG! Tapi rupanya PAWANG Fulham hanya SAH 90 minit saja.

Ops! min 58.... MU kena lagi! Haha... 1-2 ..... kah!kah!kah! Menarik ni....ingat habis taip post ni nak tidur.... takpe layan sat lagi... fan MU pasti bingit layan sms aku kalau MU kalah lagi!

Sual! min 80.... Score pulak Ronaldo. Tak cukup panjang tangan Friedel. Kedudukan 2-2. Go Villa! Bertahan!


Waduh! min 93.... MU score lagi! oklah masa untuk tidoooo....

2 comments:

Firol said...

agak sikit kecewa semalam...sepatutnya villa bleh bertahan tahap gaban..tapi kecewa,ingat arini nak kutuk member,dah takde mood.....

Ada harapan lagi....kena menang semua game,
YNWA

ar zhar a.k.a kumb@ng said...

malam semalam dah standby sms berapi utk fan MU..tapi... menunjukkan Villa belum layak jadi team big 4... Byk lg perlu belajo..