Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

eeee......Malu...yoU......Liverpool 4 MU 1

Kah!Kah!Kah!

Liverpool 4 Manchester United 1

Kah!Kah!Kah!

Menang kat Old Krepot tuuuu....

Kah!Kah!Kah!

Padan muka si Shrek Rooney!!!

Benci Liverpool konon sejak dulu lagi...

Kah!Kah!Kah!

Dan aku nak kata kat dia...

Aku pula benci MU sejak dulu lagi sebelum dia lahir!!!!

Kah!Kah!Kah!!!

Buat Kamal dan Saadon, 2 penyokong TEGAR MU yang sama-sama saksikan game ini dengan Aku dan Asri di Port Dickson....

Sebelum game Kamal kata MU menang 2-1...

Saadon tak kata apa....

Tapi....

Kah!Kah!Kah!!!

Nampaknya tamat Separuh Masa Liverpool pulak lead 2-1....

Kah!Kah!Kah!!!

Selepas itu, Liverpool lead 3-1....

Asri dengan nada perlahan kata kat Kamal...."Mal....kalau ko rase nak tengok AF boleh join kaum ibu kat bilik sebelah..."

Kah!Kah!Kah!!!

Pedih!Pedih! Senyap sunyi penyokong MU tak kata apa....

Kah!Kah!Kah!

Kemenangan bersejarah juga kenangan manis kerana....

Pertama kali tengok bola dengan penyokong MU Kamal dan Saadon....

Walau TV kat Seri Intan Resort ni KECIK....


Yang penting Liverpool MENANG BESAR dengan MU.....

Eh! Ada gelaran baru untuk MU.......eeeeeeeeeee........ Malu yoUuuuu!!!!

Kah!Kah!Kah!

Monday, February 23, 2009

Gameweek 26 : Liverpool 1 Manchester City 1

Seri lagi dan pasukan kita ketinggalan 7 mata dengan Manure.

Sesungguhnya perlawanan malam tadi seharusnya menjadi milik kita sekiranya beberapa pemain seperti Riera, Benayoun tidak melepaskan peluang terhidang pada separuh masa pertama. Tambahan lagi MC bukanlah pasukan yang mengancam walaupun dibarisi pemain bintang seperti Robinho dan Bellamy.

Dek kerana kealpaan pada awal separuh masa kedua menyebabkan pasukan kita ketinggalan dan kemudian memberi tekanan untuk memburu gol seterusnya kemenangan. Akibat dari gol tersebut permainan Liverpool menjadi tidak tentu hala sehinggalah 14 minit menuju masa penamat.

Pada minit 76, Aurelio dimasukkan menggantikan Dosenna. Walaupun baru sebentar di pandang, lorongan di sebelah kiri pintu gol MC kepada Benayoun yang kemudiannya di lintang ke tengah cuba di sambut Torres dengan tendangan tapi tidak tepat dan bola singgah di kaki Kuyt dan terhasil lah gol penyamaan.

Selepas gol tersebut pasukan kita kembali bersemangat memburu gol kemenangan tetapi beberapa peluang terbaik gagal di sudahkan sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat. Kecewa tapi pasrah dan merupakan seri ke-6 musim ini di Anfield.


Pada pandangan aku...

Pemain terbaik - Dirk Kuyt

Pemain hampeh - Lucas Leiva

Sunday, January 11, 2009

Seri lagi di Stoke City!

Kecewa! Berjaga sampai pukul 3.30 pagi at last draw lagi! Hangin betol! Peluang untuk jarakkan jurang mata melepas begitu saja. Harap-harap game MU lawan Chelsea malam ni pun seri jugak.


Aku kadang-kadang tak faham dengan taktik Rafa kali ni. Setelah berpengalaman seri dengan Stoke masa di Anfield September tahun lalu, sepatutnya inilah masa Liverpool membalas semula dengan berbelas-belas gol(kalau boleh la...). Pasukan bawahan takkan tak boleh belasah? Tapi melihatkan kesebelasan utama yang Rafa pilih aku dah rasa 50-50. Mana Keane? Mana Torres?

Aku memang mengharapkan Keane atau Torres atau kedua-duanya ada sebagai penyerang tapi malangnya Rafa memilih Kuyt sebagai penyerang utama bergandingan dengan Gerrard. Pelik gak apasal Rafa taknak guna Keane sebagai penyerang tunggal? Aku boleh terima Torres tiada dalam senarai sebagai langkah keselamatan kerana baru sembuh dari kecederaan. Atau mungkinkah Rafa dah mula sangsi dengan presrasi Keane? Tak turunkan Keane semalam pun seri gak 0-0. Rugi bai beli mahal-mahal lepas tu simpan. Dalam keadaan terdesak kadang-kadang mamat ni boleh pakai jugak seperti game dengan Arsenal dan Bolton.

Pada aku, untuk perlawanan penting seperti semalam Rafa seharusnya menurunkan barisan terkuat supaya dapat mengumpul mata semaksimum yang boleh. Bukan memilih penyerang pilihan ke-3 atau ke-4 sebagai menggalas tanggungjawab jaringkan gol. Bergandingan pulak dengan pemain tengah seperti Marcherano dan Lucas yang tak se-kreatif Alonso. Peluang menjadi lebih sukar. Memang sukar pun. Ditambah taktik Stoke yang bermain agak bertahan dan fizikal, ruang untuk jaringkan gol menjadi terhad.

Lebih baik letak semula Gerrard di tengah berganding dengan Marcherano. Sementara Kuyt kekal di kanan dan Babel atau Riera di kiri. Aku rasa eksperimen Rafa gagal semalam. Kalau dah tak percaya dengan Keane apa tunggu lagi? Owen sedang menunggu untuk di offer.

Seperkara lagi kelemahan Liverpool ialah sayap kanan. Buat masa ini Kuyt dan Benayoun yang dipertanggungjawabkan. Kira bolehlah. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang hampeh! Sebelum ni aku ada terbaca Spurs offer Lennon swap dengan Pennant. Wah! berita baik tu. Tapi la ni senyap pulak. Pennant pula dengar khabar di offer kontrak baru setahun dengan Liverpool. Tak jadi lah tu. Takpelah tak dapat Lennon, ada beberapa pemain lain yang Rafa boleh buat Eksperimen seperti El Zhar, tak pun Ar Zhar...hehe.. :D

Saturday, December 6, 2008

Liverpool nak beli Michael Owen?

Aku setuju!

Rafa! Jangan tak jadi pulak! Nak tunggu Keane serasi entah bila. Masa dah time untuk bawak balik semula Owen ke Liverpool!

Tanpa Torres, tanpa Gerrard nampaknya Liverpool agak tumpul.

Defender so far, so good..jarang bolos...Carragher, Agger memang bagus...

Midfield pun ok cuma Riera aku tengok lately agak kurang gelecek. Mungkin orang dah boleh baca gerak dia. Babel patutnya di beri peluang berganding dengan Keane...

Malam ni BPL gameweek 16, Liverpool lawan Blackburn...kita tunggu keputusannya selepas ini..

Monday, November 24, 2008

BPL Week 14 - Arsenal, apa dah jadi?

Minggu ni Liverpool, MU dan Chelsea macam dah janji pulok seri 0-0.

Arsenal?! Berat sungguh kawe nak habaq(nada perlahan...). Entahlah...sejak menang dengan MU macam kena badi, prestasi terus merudum. Kali ni kena lauk 0-3 dengan Manchester City (dalam hati>> gua peduli apa! ngeh.. ngeh.. ngeh...)

Arsenal...Arsenal...Apa nak jadi? Sampai la ni dah empat kali kalah.....apa dah jadi?sian..sian...gua tumpang simpati walaupun sebenonyer gua suka antara pesaing utama Liverpool kalah...hehe


Ok. Tentang perlawanan hari tu..

Gameweek 14 dimulakan dengan Liverpool lawan Fulham. Serentak game Chelsea lwn Newcastle dan Arsenal lwn Manchester City.

Pada aku Liverpool boleh menang mudah walaupun tanpa Gerrard. Malangnya kaki Robbie Keane gagal menyepak masuk bola mencecah jaring tapi terus ke muka Schwarzer lalu melantun keluar. Kalau menang kan bagus. Dah tentu la ni Liverpool kat atas sekali.

Game Chelsea aku tak layan, so tak tau nak komen apa. Game Arsenal pula aku cuma tengok gol-gol yang dijaringkan oleh Ireland, Robinho dan......penalti oleh...entah sapa nama player tuu..

MU punya game lewat(pun aku tak layan). Apalah bangang, dah tau Liverpool dan Chelsea seri kenapa tak nak gunakan peluang rapatkan mata. Pada aku>>bagus..bagus.. biar seri manjang, biar tak dapat kejo Liverpool!

Next game Champion League. Kita tengok siapa yang kenaaaaa....

Monday, November 17, 2008

BPL Gameweek 13

Malas nak cete Liverpool menang lagi! Kali ni dengan Bolton 2-0. Dua-dua gol tanduk dari Kuyt dan Gerrard. Menang kat tempat lawan bai...Pada aku lah...patutnya boleh menang 5 ke 6 gol.. takpa-takpa simpan untuk game akan datang.

Chelsea juga menang ke atas WBA, 3-0 (beberapa jam je Liverpool kat atas, kemudian kena pintas semula...hawauuu.. lawan team bawahan, tak menang memang tak patut...).

MU pun menang dengan Stoke 5-0 (team bahawan jugak...yang penting rank masih bawah Liverpool..).

Arrrrrsenal...hmmmm... kalah?!(geleng pala...ish..ish...ish...) kalah dengan Aston Villa 0-2. Kat tempat sendiri?!..ish..ish..ish... dah penyokong dia pun kata Arrrrsengal...aku nak cakap apa.. memang sengallll arrr

...kata penyokong Arrrsenal(Zamrol dan yang sewaktu dengannyer...) biar kalah dengan Fulham, Stoke, Aston Villa...tapi jangan kalah dengan MU...!

Monday, November 10, 2008

Salam BPL


Salam penyokong Liverpool semua. Juga di alu-alukan penyokong MU, Arsenal, Chelsea, Spurs, Hull, Stoke dan lain-lain.

Blog ini untuk kita semua berinteraksi, berbincang, berkongsi pendapat, sambil tu bolehlah kutuk-kutuk team yang kalah terutama MU...haha..

Gameweek 12 baru berlalu. Liverpool menang mudah ke atas WBA 3-0 dan naik ke tangga teratas liga. Namun tidak sampai 24 jam dipintas semula oleh Chelsea setelah menang ke atas Blackburn di tempat lawan 2-0. Tak kisahlah no. 1 ke, no. 2, paling penting pada gameweek 9 Liverpool telah pecahkan rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri yang dipegang selama 4 tahun 8 bulan. Nampaknya, Hanya Liverpool Yang Mampu...

Kepada yang tak tau, pada Sabtu lalu Manchester United a.k.a MU telah KALAH kepada Arsenal walaupun tanpa Adebayor dan Van Persie di sisi...haha...aku sangat gembira...kekalahan ke-2 MU yang juga telah kalah kepada Liverpool pada gameweek 5.

Syabas kepada Arsenal. Kata Arsenal, biar kalah dengan Stoke tapi jangan kalah dengan MU. Huhu...Seronok betul tengok MU kalah. Berbatov ada tu. Mahal tu 30 juta pound...haha..gelak...gelak...jangan marah ye penyokong MU...

Oklah. Jumpa lagi. Nak sambung gelakkan MU...