Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Keputusan UCL 09/10 G2 & BPL 09/10 G8 : Ada Aku KESAH!

Dah tersurat dan tersirat berturut-turut KITA kena Kosong Dua, Kosong Dua...

Maknanya... Kalah lah...

Kekalahan ke-4 musim ini...

1 UCL, 3 BPL...

Baru Empat...


Cuma...

Bila kalah, ramai yang KESAH....

Terutama fan-fan team musuh yang sememangnya KESAH
bila team kita kalah...

Mereka KESAH kerana kita kalah dengan team KUAT...

Juga mereka KESAH kerana team kita kalah dengan team yang bukan saja KUAT tapi KAYA RAYA, manakala team mereka KALAH dengan team entah apa-apa macam Burnley, Wigan
dan nyaris-nyaris kalah dengan Sunderland...

Hoho... KESAH rupanya...

Apa-apa pun...

Kalau MENANG aku KESAH...

Kalau KALAH.... Ada aku KESAH!


YNWA!



Sunday, April 26, 2009

BPL Gameweek 34 : Team KITA Menang!

Liverpool 3 Hull 1.

Kepada yang kata YNWA itu You Never Win Again cuba tengok keputusan di ATAS.

Rasa dah cukup beso font tu. Kalau tak nampak jugak alamat nak mammmp*ssss.... hehe.. gurau.. je takkan marah kot.... hahaha....

Korang silap la... bukan Liverpool FC la kalau tak MENANG dan MENANG dan MENANG lagi.... Seri atau kalah sekali-sekala tu adatlah.

Game hari ni LFC score 3. Biasa tu. Nak score lebih pun boleh cuma KITA simpan untuk game-game akan datang. Team lain nak gak rasa gol-gol dari Liverpool....hak...hak...hak....

Buat fan Chelsea.... Gus Dur kata dah boleh lupakan BPL.... memang punnnn...

Dengan Everton hari tu pun terkial-kial.... 0-0... Apa? Tak score? ish...ish...ish.... Apa punya malang daaa ada striker mahal-mahal tapi tak score!

Hari ni punya game pun score seBIJIK jek. Nasib baik Peter Cech selamatkan penalti. Kalau tak seri lagi! Dok la diam-diam No. 3... haha

Ingat Bai.... DUIT banyak tak boleh beli rekod! Liverpool walau spend ciput tapi masih boleh menggugat malah meLAUKkan team-team mahal macam Real, MalU.

Dengan Chelsea pulak musim ni LFC sudah menang 2 kali, sekali seri dan kalah. Maknanya untuk musim ini Liverpool LEBIH BAIK dari Chelsea malah LEBIH BAIK dari MalU. Dengan Arsenal je seri dua-dua game.

UCL baru peringkat Semi. Kalau Chelsea nak jadi JUARA kali PERTAMA(tak pernah??hoho), kena masuk final dulu. Harap-harap berjaya lah. Good luck jumpa Barca! Jangan kena LAUK sudahhh....

Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah : KITA Gagal Layak tapi Bermaruah...

Chelsea 4 Liverpool 4

KITA berjaya membuat Chelsea GIEGIEL seketika bila mendahului dua kali 2-0 dan 4-3...

KITA berjaya jaringkan lebih 3 gol malah 4 gol seperti yang KITA nak di Stamford Bridge...

KITA berjaya tidak kalah dengan Chelsea di tempat mereka walaupun mereka sepatutnya selesa kerana telah mendahului 3-1...

KITA berjaya kerana KITA LIVERPOOL!

Untuk LIVERPOOL FC...YNWA...

Saturday, April 11, 2009

Keputusan BPL Gameweek 32


Liverpool 4 Blackburn 0

Chelsea 4 Bolton 3

Kalau Bolton boleh score TIGA di Stamford Bridge, tak mustahil team KITA tak boleh!

Bukan saja TIGA. EMPAT. LIMA pun boleh!

Yang penting kena score lebih dari TIGA dan jurang gol tidak kurang dari DUA.

Apa-apa pun kalau Liverpool main macam game tadi...

Cipta peluang jaringan macam game tadi...

Aku rasa takde masalah team KITA nak jinakkan Chelsea di tempat sendiri.

Man Yoo dah kena. Mungkin Chelsea pula.

Tiada yang mustahil.

LIVERPOOL BOLEH!

YNWA!

Thursday, April 9, 2009

Liga Juara-Juara Eropah : Liverpool 1 Chelsea 3

Tenang arr... penyokong Liverpool.

Ya! pasukan KITA kalah pagi tadi. Tapi, kita kena rasional.

Game pagi tadi bukanlah persembahan terbaik Liverpool. Walaupun agak menyakinkan pada awal-awal permainan melalui jaringan Torres pada minit ke-6. Namun permainan seterusnya agak perlahan walaupun pasukan KITA menguasai permainan. Beberapa peluang jaringan terlepas begitu sahaja.

Pertahanan KITA juga kelihatan agak longgar dan menyebabkan Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada akhir-akhir permainan separuh masa pertama melalui tandukan dari tendangan sudut.

Kemudian pada minit ke-62 gol ke-2 menyusul juga melalui tandukan yang hampir sama dengan gol pertama yang seterusnya sama sekali telah mengubah corak permainan pasukan KITA menjadi lebih perlahan dan membiarkan Chelsea bermaharaja lela menguasai permainan sehingga terhasilnya gol ke-3.

Kekalahan pagi tadi bukanlah noktah bagi pasukan KITA. Ini baru perlawanan pertama. Ada perlawanan ke-2. Walaupun tugas agak berat kerana bermain di tempat lawan tapi ianya bukanlah mustahil untuk pasukan KITA mencapai kemenangan dan mara ke separuh akhir.

Kalau diikutkan apalah sangat memburu kejuaraan Liga Eropah dibandingkan pasukan KITA dengan Chelsea. Pasukan KITA sudah 5 kali JUARA manakala Chelsea baru pertama kali ke Final tahun lepas tapi tewas di kaki Man Yoo.

Biarlah fan team lain nak kutuk ke apa. Yang penting kalah ke, seri ke, menang ke, tetap sokong LIVERPOOL! YNWA.

Sunday, March 22, 2009

BPL Gameweek 28 : Yeah..Yeah..MU kalah! Chelsea pun kalah!

Haha...Nampaknya badi Malu United diLAUKkan Liverpool masih tak hilang . Kalah lagi dengan Fulham 2-0.

Sudah lah kalah, si Scholes dan si Shrek Rooney kena kad merah.

Haha... padan muka kau Rooney! Lahir je kat Liverpool tapi benci Liverpool! Sampai bila-bila fan Liverpool akan cop engkau sebagai pembenci Liverpool.

Aku rasa la... punca team engkau asyik KALAH ada kena-mengena dengan engkau BENCI Liverpool. Sebab engkau BENCI sangat dengan Liverpool sampai engkau main pun entah apa-apa!

Kesannya kat team engkau Malu United. Minggu lepas diLAUK a.k.a diMALUkan Liverpool. Hari ni diMALUkan pula oleh Fulham...hahahaha...ketawa sikit je sebab minggu lepas dah ketawa banyak....hahahaha...

Yang bestnya hari ini Chelsea pun KALAH! Walau diurus Gus Hiddik atau Gus Dur sekalipun... Chelsea bukanlah kebal dan tidak boleh dikalahkan. Akhirnya hari ini kalah jugak di kaki pemain Spurs.

Dengan kekalahan Chelsea beri peluang kepada Liverpool untuk naik ke tangga ke-2 dan berada 1 mata di belakang Malu United dengan syarat menang dengan Aston Villa esok.

Pada firasat aku team kita takde masalah nak jinakkan Villa yang tengah off form ni
kalau maintain main macam game dengan Real dan Malu.

Apa-apa pun kita tunggu ESOK....eh! MALAM INI pukul 12.00 am....