Tuesday, January 20, 2009

Seri lagi lah pulok!

Tak sia-sia bangun awal pagi! Itu yang aku rasa sehingga minit 87. Tapi apakan daya harapkan dapat bertahan hingga ke akhir game, Cahill pula jadi pemusnah. Sual tol. Kalau bukan kerana gol itu sudah tentu Liverpool kembali merampas tangga teratas dari Em You.

Mungkin silap Liverpool juga kerana terlalu yakin dengan kelebihan 1 gol dengan cuba memperlahankan permainan tapi dalam apa jua keadaan sedikit kesilapan dan kealpaan boleh membawa padah.

Itulah yang Rafa lakukan pada minit terakhir dengan menggantikan Torres dengan Lucas. Kadang-kadang taktik sebegini menjadi tapi tidak pada game kali ni. Permainan lebih tertumpu di kawasan tengah dan kurang menyerang. Akhirnya Everton pula yang jaringkan gol penyamaan. Disamping itu antara kelemahan ketara Liverpool ialah membaca set piece pasukan lawan melalui tendangan percuma atau sudut. Banyak juga gol yang telah menerobos gawang Liverpool melalui kaedah ini. Rafa kena lakukan sesuatu ni.

Mengimbas perlawanan pagi tadi, Rafa seolah mendengar rintihan peminat Liverpool yang inginkan barisan terbaik diturunkan. Itulah yang sepatutnya Rafa lakukan untuk perlawanan sebelum-sebelum ini. Turunkan barisan terbaik sebab setiap perlawanan adalah penting untuk menang supaya dapat jarakkan mata sebanyak yang mungkin untuk mengurangkan tekanan sebagai pendahulu. Tengok? Apa dah jadi sekarang?

Mengenai perlawanan pagi tadi, yang bagusnya pemain harapan aku ada dalam game dengan Everton cuma kemampuan masih terbatas akibat baru pulih dari kecederaan. Keserasian antara Keane dan Torres pula masih belum terserlah. Namun dengan adanya kedua pemain tersebut kawalan pertahanan lawan akan lebih rawak tidak tertumpu pada 1 atau 2 pemain. Tumpuan lebih kepada ramai pemain telah berjaya melonggarkan kawalan terhadap Gerrard hingga terhasil gol pendahuluan. Namun ianya tidak kekal lama akibat Rafa lupa permintaan aku agaknya supaya jangan keluarkan Keane dan Torres dulu selagi belum lead 2-3 gol. Takpalah Rafa, lain kali ingat ya.

Walau apa pun kita kata itu dan ini, keputusan pagi tadi tidak boleh di ubah. Rafa pun bukan baca blog ni. Yang seri tetap seri walau menangis air mata kaler jersi merah sekalipun. Apa yang Rafa dan Liverpool perlu buat sekarang mencari semula formula kemenangan yang semakin hilang. Belum terlambat untuk bertindak dan aku percaya Rafa akan melakukan sesuatu supaya Kejuaraan Liga Inggeris 08/09 akan menjadi milik pasukan Liverpool nanti. YNWA.

No comments: