Monday, March 23, 2009

4-0.........4-1...........5-0

4-0............4-1..................5-0


Ho..ho..ho...bukan sikit punya gol tuuu.....


Bukan sekali, bukan 2 kali...


Tapi....... sudah 3 kali menang BESAR!



Bukan dengan pasukan divisyen 3, divisyen 2 atau team bawahan....


Tapi..... dengan team bertaraf dunia seperti Real Madrid, Manchester United dan Aston Villa!



Bukan menang nasib, tak sengaja atau refree tolong bagi menang...


Tapi....team kita LIVERPOOL memang POWER!
Power Giler! Giler punya power!


Buat fan team lain JANGAN JEALOUS Haaaa....Hahahahaha.....

Sunday, March 22, 2009

BPL Gameweek 28 : Yeah..Yeah..MU kalah! Chelsea pun kalah!

Haha...Nampaknya badi Malu United diLAUKkan Liverpool masih tak hilang . Kalah lagi dengan Fulham 2-0.

Sudah lah kalah, si Scholes dan si Shrek Rooney kena kad merah.

Haha... padan muka kau Rooney! Lahir je kat Liverpool tapi benci Liverpool! Sampai bila-bila fan Liverpool akan cop engkau sebagai pembenci Liverpool.

Aku rasa la... punca team engkau asyik KALAH ada kena-mengena dengan engkau BENCI Liverpool. Sebab engkau BENCI sangat dengan Liverpool sampai engkau main pun entah apa-apa!

Kesannya kat team engkau Malu United. Minggu lepas diLAUK a.k.a diMALUkan Liverpool. Hari ni diMALUkan pula oleh Fulham...hahahaha...ketawa sikit je sebab minggu lepas dah ketawa banyak....hahahaha...

Yang bestnya hari ini Chelsea pun KALAH! Walau diurus Gus Hiddik atau Gus Dur sekalipun... Chelsea bukanlah kebal dan tidak boleh dikalahkan. Akhirnya hari ini kalah jugak di kaki pemain Spurs.

Dengan kekalahan Chelsea beri peluang kepada Liverpool untuk naik ke tangga ke-2 dan berada 1 mata di belakang Malu United dengan syarat menang dengan Aston Villa esok.

Pada firasat aku team kita takde masalah nak jinakkan Villa yang tengah off form ni
kalau maintain main macam game dengan Real dan Malu.

Apa-apa pun kita tunggu ESOK....eh! MALAM INI pukul 12.00 am....

Saturday, March 14, 2009

eeee......Malu...yoU......Liverpool 4 MU 1

Kah!Kah!Kah!

Liverpool 4 Manchester United 1

Kah!Kah!Kah!

Menang kat Old Krepot tuuuu....

Kah!Kah!Kah!

Padan muka si Shrek Rooney!!!

Benci Liverpool konon sejak dulu lagi...

Kah!Kah!Kah!

Dan aku nak kata kat dia...

Aku pula benci MU sejak dulu lagi sebelum dia lahir!!!!

Kah!Kah!Kah!!!

Buat Kamal dan Saadon, 2 penyokong TEGAR MU yang sama-sama saksikan game ini dengan Aku dan Asri di Port Dickson....

Sebelum game Kamal kata MU menang 2-1...

Saadon tak kata apa....

Tapi....

Kah!Kah!Kah!!!

Nampaknya tamat Separuh Masa Liverpool pulak lead 2-1....

Kah!Kah!Kah!!!

Selepas itu, Liverpool lead 3-1....

Asri dengan nada perlahan kata kat Kamal...."Mal....kalau ko rase nak tengok AF boleh join kaum ibu kat bilik sebelah..."

Kah!Kah!Kah!!!

Pedih!Pedih! Senyap sunyi penyokong MU tak kata apa....

Kah!Kah!Kah!

Kemenangan bersejarah juga kenangan manis kerana....

Pertama kali tengok bola dengan penyokong MU Kamal dan Saadon....

Walau TV kat Seri Intan Resort ni KECIK....


Yang penting Liverpool MENANG BESAR dengan MU.....

Eh! Ada gelaran baru untuk MU.......eeeeeeeeeee........ Malu yoUuuuu!!!!

Kah!Kah!Kah!

Wednesday, March 11, 2009

Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahalll??? Real Madridddddd!!!

Kali ni...

Tepat 3.40 aku bangun. Walau tidur agak lewat pukul 12.30 dan tak tidur depan tv...

Bermula je game...sms pertama diterima dari Shahrom..."Bangun!!Start dah nie.."

3 minit kemudian...Shahrom sms lagi..."hehe...gua dah lalok ni!hampir2 Tores tu..."

Memang bertalu-talu Liverpool serang... dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah... Tak sempat bernafas pemain-pemain Real..

Marcherano juga hampir-hampir tapi berjaya di tepis Casillas... Bagus pulak keeper ni... Memang pun.. Keeper Juara Eropah 2008 tuu...

Minit ke-15... akhirnya yang ditunggu-tunggu.... golllll!!! Siapa lagi kalau bukan Torres yang score... Liverpool 1 Real 0

Minit ke-18...Pepe kena kad kuning. Ganas mamat ni. Tengok muka dah tau. Haha... padan muka!

Minit ke-21...Tandukan Skyrtel nyaris! Sekali lagi Casillas penyelamat...

2 minit lepas tu melalui gerakan cantik Torres dan Gerrard menyambung. Juga hampir-hampir...

Minit ke-27... Penalti!! Gerrard ambil dan gollll...Liverpool 2 Real 0

Minit ke-47...Tamat Separuh Masa Pertama. Standard game macam Liverpool lawan West Brom. Teruk Real kena asak. Liverpool main memang class. Terutama gandingan Torres dan Gerrard. Di bantu Alonso di tengah. Babel, Kuyt dan Marcherano juga tak mengecewakan. Pertahanan memang mengkagumkan. Real main macam anak ayam. Bukan macam pasukan yang ada player mahal-mahal.

Babak ke-2 bermula...

Liverpool terus mengasak. Tak sampai 3 minit gawang Real bolos kali ke-3...golllll!!! Gerrard sekali lagi... hohoho... Liverpool 3 Real 0... Makin berat la Real nak kejo...

Minit ke 59... Alonso dikeluarkan dan Lucas masuk...ni yang aku risau kalau mamat ni main... Selepas itu game di kuasai Real dengan Liverpool jarang-jarang menyerang.

Minit ke-71... Gerrard dikeluarkan. Penggantinya Jay Spearing. Pemain muda berusia 20 tahun. Ada potensi mamat ni.

Minit ke-82... Real score...gollll!!! eh! tak! offside...hehe.. sian Real kempunan nak score...

Beberapa saat selepas Real 'score' Dosenna dikeluarkan dari bangku simpanan bermakna Torres akan masuk ke bangku simpanan itu...

Minit ke-87...Golllll lagiiii!!!! Dosenna score!! Liverpool 4 Real 0

Yang penting gol ke-4 itu tanpa Alonso, Gerrard dan Torres di padang....

Minit ke-93...Wisel penamat ditiupkan....pheeeewittttttt!!!!!!!!!!!

Sms terakhir aku kepada kawan-kawan seLiverpool...."Betul-betul kena lauk Real pagi ni...haha"

Wednesday, March 4, 2009

BPL Gameweek 28 : Liverpool Menang 2-0

Hihi...lewat pulak update. Habis game pagi tadi ngantuk giler. Tengok pun second half. Sebab aku ingat bangun 3.50 rupanya 4.50. Ok lah tu dari tak bangun langsung macam game dengan Real Madrid hari tu.

Ok, pasal game tadi...

Pelik gak tengok posisi Marsherano kat sebelah bek kanan. Hari tu test Skyrtel tapi tak berapa menjadi. Hai! Rafa takde player lain ke nak test? Pemain muda ke? Gerrard dulu masa mula-mula main kat posisi tu. Pada aku Rafa patut test pemain muda terutama pemain Inggeris. Siapa tau kan mungkin ada yang menyerlah nanti.

Tapi, siapalah aku nak persoalkan Rafa. Mungkin dia tau sebab musababnya. Mungkin Rafa nak try and error agaknya. Nasib baik menang. Kalau seri atau kalah? Tentu peminat persoalkan rasional keputusan Rafa itu.

Positifnya, Rafa beri peluang David Ngog bermain lagi kali ini dalam kesebelasan utama dan pemain itu membalas kepercayaan Rafa dengan menjaringkan gol. Gol kedua juga hasil dari sumbangan pemain itu. Tapi aku sikit frust Rafa keluarkan dia awal. Bagi la peluang dia main full time. Yang ganti si Lucas pulak. Berubah rentak permainan. Sekali lagi, siapalah aku nak mempertikai tindakan Rafa itu.

Takpelah yang penting dah menang. Lepas ni ada game besar menanti. Lawan lauk mahal.

Sunday, March 1, 2009

BPL Gameweek 27 : Kecewa di Riverside

Aduyai...kalah lah pulak! Baru beberapa hari suka, gembira, hepi-hepi, setelah menang dengan pasukan kaya, hari ni kalah pulak dengan pasukan tak berapa kaya. Bukan saja tak kaya, pasukan bawahan pulak tu. Pasukan kita kedua teratas lawan pasukan kedua terbawah. Sepatutnya tiada masalah untuk melaukkan, tapiiii.... pasukan kita pulak yang kena.

Kalau ikutkan hati malas nak update post ni tapi aku gagahkan juga walau pagi nanti pukul 8 aku ada tournament Sepak Takraw.

Pada pandangan aku ada beberapa faktor yang menyebabkan Liverpool kalah.

1. Liverpool gagal jaringkan gol awal walau ada peluang terbaik. Dengan kegagalan tersebut membuatkan pemain Liverpool tertekan untuk memburu gol.

2. Gerrard tidak cergas sepenuhnya. Bermain terlalu berhati-hati. Walaupun begitu masih berupaya lakukan hantaran dan gerakan yang mengamcam. Namun akhirnya tercedera lagi dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

3. Ketika kedudukan 1-0, sekali lagi peluang baik dipersiakan oleh El Zhar. Mungkin keputusan boleh berubah kepada seri atau menang kalau berjaya manfaatkan peluang terbaik tersebut.

4. Skyrtel gagal berperanan sebagai bek kanan.

5. Babel tidak mengamcam langsung pertahanan lawan. Walau punya larian yang pantas namun tiada satu pun peluang terbaik dicipta melainkan melepaskan peluang terbaik jaringkan gol.

6. Pemain gantian yang tidak efektif langsung seperti Ngog dan Lucas. Ngog tu boleh terima sebab jarang-jarang dapat peluang main. Lucas ni, kira selalu gak main tapi tak pandai-pandai jugak macam Alonso.

7. Gol sendiri oleh Alonso mengubah terus permainan yang pada mulanya dikuasai Liverpool. Mungkin disebabkan tekanan atau Boro dapat semula keyakinan.

Dengan kekalahan kali ke-2 musim ini pasukan kita jatuh satu tangga dan jika Manure menang game akan datang semakin susah lah team kita nak kejo. Harap-harap je lah Manure kalah.