Showing posts with label Real Madrid. Show all posts
Showing posts with label Real Madrid. Show all posts

Monday, March 23, 2009

4-0.........4-1...........5-0

4-0............4-1..................5-0


Ho..ho..ho...bukan sikit punya gol tuuu.....


Bukan sekali, bukan 2 kali...


Tapi....... sudah 3 kali menang BESAR!



Bukan dengan pasukan divisyen 3, divisyen 2 atau team bawahan....


Tapi..... dengan team bertaraf dunia seperti Real Madrid, Manchester United dan Aston Villa!



Bukan menang nasib, tak sengaja atau refree tolong bagi menang...


Tapi....team kita LIVERPOOL memang POWER!
Power Giler! Giler punya power!


Buat fan team lain JANGAN JEALOUS Haaaa....Hahahahaha.....

Wednesday, March 11, 2009

Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahalll??? Real Madridddddd!!!

Kali ni...

Tepat 3.40 aku bangun. Walau tidur agak lewat pukul 12.30 dan tak tidur depan tv...

Bermula je game...sms pertama diterima dari Shahrom..."Bangun!!Start dah nie.."

3 minit kemudian...Shahrom sms lagi..."hehe...gua dah lalok ni!hampir2 Tores tu..."

Memang bertalu-talu Liverpool serang... dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah... Tak sempat bernafas pemain-pemain Real..

Marcherano juga hampir-hampir tapi berjaya di tepis Casillas... Bagus pulak keeper ni... Memang pun.. Keeper Juara Eropah 2008 tuu...

Minit ke-15... akhirnya yang ditunggu-tunggu.... golllll!!! Siapa lagi kalau bukan Torres yang score... Liverpool 1 Real 0

Minit ke-18...Pepe kena kad kuning. Ganas mamat ni. Tengok muka dah tau. Haha... padan muka!

Minit ke-21...Tandukan Skyrtel nyaris! Sekali lagi Casillas penyelamat...

2 minit lepas tu melalui gerakan cantik Torres dan Gerrard menyambung. Juga hampir-hampir...

Minit ke-27... Penalti!! Gerrard ambil dan gollll...Liverpool 2 Real 0

Minit ke-47...Tamat Separuh Masa Pertama. Standard game macam Liverpool lawan West Brom. Teruk Real kena asak. Liverpool main memang class. Terutama gandingan Torres dan Gerrard. Di bantu Alonso di tengah. Babel, Kuyt dan Marcherano juga tak mengecewakan. Pertahanan memang mengkagumkan. Real main macam anak ayam. Bukan macam pasukan yang ada player mahal-mahal.

Babak ke-2 bermula...

Liverpool terus mengasak. Tak sampai 3 minit gawang Real bolos kali ke-3...golllll!!! Gerrard sekali lagi... hohoho... Liverpool 3 Real 0... Makin berat la Real nak kejo...

Minit ke 59... Alonso dikeluarkan dan Lucas masuk...ni yang aku risau kalau mamat ni main... Selepas itu game di kuasai Real dengan Liverpool jarang-jarang menyerang.

Minit ke-71... Gerrard dikeluarkan. Penggantinya Jay Spearing. Pemain muda berusia 20 tahun. Ada potensi mamat ni.

Minit ke-82... Real score...gollll!!! eh! tak! offside...hehe.. sian Real kempunan nak score...

Beberapa saat selepas Real 'score' Dosenna dikeluarkan dari bangku simpanan bermakna Torres akan masuk ke bangku simpanan itu...

Minit ke-87...Golllll lagiiii!!!! Dosenna score!! Liverpool 4 Real 0

Yang penting gol ke-4 itu tanpa Alonso, Gerrard dan Torres di padang....

Minit ke-93...Wisel penamat ditiupkan....pheeeewittttttt!!!!!!!!!!!

Sms terakhir aku kepada kawan-kawan seLiverpool...."Betul-betul kena lauk Real pagi ni...haha"

Thursday, February 26, 2009

Keputusan Perlawanan Champions League 08/09 Liverpool lawan Real Madrid

Pukul 4.32 am - Asri sms " Refree macam sual!"

Pukul 5:28 am - Jebeng sms "Bravo!"

Pukul 5:36 am - Shahrim sms "Yessss....Liverpool makan lauk mahal malam ni!"


.

Aku jawab sekaligus sms tu........... " Siot ah!! 6.30 baru sedar!!"

.

Macam mana aku boleh tak sedar ni......

Padahal...

Aku dah set alarm henfon pukul 3.30 am..

Aku korban tak tidur dalam bilik sebab nak baring depan TV sambil TV pun aku tak off...

Sedar-sedar je aku tengok muka Joe Cole tengah cakap-cakap dengan entah sapa nama pengulas 2-3 orang tu. Ingatkan baru nak start game atau half time....rupanya...

Takpelah yang penting Liverpool menang 1-0. Peristiwa kemenangan ke atas Barcelona 2 tahun lalu di tempat lawan berulang lagi. Kali ni dengan kelab paling kaya di dunia Real Madrid. Haha... Padan muka dengan Presiden baru dia tu. Cakap besar. Kah..kah..kah! Kan dah kalah.

Lain kali kalau nak cakap besar tengok-tengoklah team mana nak lawan. Ini Liverpool lah! Walau tak sekaya Real Madrid tapi masih gagah tumbangkan team-team besar malah yang lebih kaya dari Liverpool. Salute Rafa. Juga pemain-pemain Liverpool. Walau tanpa Gerrard masih boleh menang.


Malam ni aku tak peduli! Pukul 10.30 mesti nak dok depan TV channel 812. Nak layan perlawanan ulangan.