Showing posts with label Rafa Benitez. Show all posts
Showing posts with label Rafa Benitez. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

UCL 09/10 Game 4 : Liverpool lawan Lyon

Tak sure gua dapat tengok ke tak game malam ni...

Sekarang ni gua kat Kluang, outstation...

'Hotel' tempat gua menginap takde astro pulak...

Hanya ada TV aja dengan saluran dari pemancar Gunung Pulai...

So, pilihan gua sekarang tengok live kat Internet...


Harap-harap boleh layan...

Kalau tak boleh gua layan tidur laa...

Semoga Liverpool akan menang supaya dapat meneruskan kemaraan...

Kalau kalah?

Biasalah....

Redhaaaa....

Sebelum tu gua nak ulas sikit. Jarang gua mengulas ni. Sementara ada peluang ni gua nak ulas sket pasal Liverpool...

Memang sekarang ni Liverpool tengah ada masalah dengan prestasi. Ya lah sudah kalah 6 dari last 7 game. Rafa pun tengah mengong, pulak tu ramai player utama cedera. Dah nasib...

Bila Liverpool tengah macam ni ramai lah yang suka terutama anti Liverpool. Tak kisahlah, yang penting dalam keadaan Liverpool tengah ada masalah Man U tetap GAGAL kalahkan Liverpool. Itu GUA SUNGGUH SUKA. Ok, itu aja gua nak ulas... hehe...


YNWA!

Wednesday, October 21, 2009

Keputusan UCL 09/10 Game 3 : Kalah lagi... Petunjuk?

Ya. Kalah Lagi...

Dalam Frust sebenarnya aku suka...

Bagi aku itu adalah petunjuk...

Pertama... Petunjuk bagi Gillet dan Hicks supaya jangan kemut keluar modal....

Kedua... Petunjuk bagi Rafa, Lucas bukan pengganti Alonso...

Ketiga... Petunjuk kepada KITA supaya belajar untuk lali terima kekalahan... biasalah fan lain akan suka, gembira, gelak sakan kerana team KITA sememangnya dicemburui... takpe gelaklah sampai keluar air mata dan kemudian nanti kita pulak gelakkan korang... hahaha...

Keempat... Petunjuk kepada TEAM kita sudah EMPAT kali kalah berturut-turut...

Masa untuk bangkit semula! YNWA



Wednesday, March 11, 2009

Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahal? Real Madrid...Sape Lauk Mahalll??? Real Madridddddd!!!

Kali ni...

Tepat 3.40 aku bangun. Walau tidur agak lewat pukul 12.30 dan tak tidur depan tv...

Bermula je game...sms pertama diterima dari Shahrom..."Bangun!!Start dah nie.."

3 minit kemudian...Shahrom sms lagi..."hehe...gua dah lalok ni!hampir2 Tores tu..."

Memang bertalu-talu Liverpool serang... dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah... Tak sempat bernafas pemain-pemain Real..

Marcherano juga hampir-hampir tapi berjaya di tepis Casillas... Bagus pulak keeper ni... Memang pun.. Keeper Juara Eropah 2008 tuu...

Minit ke-15... akhirnya yang ditunggu-tunggu.... golllll!!! Siapa lagi kalau bukan Torres yang score... Liverpool 1 Real 0

Minit ke-18...Pepe kena kad kuning. Ganas mamat ni. Tengok muka dah tau. Haha... padan muka!

Minit ke-21...Tandukan Skyrtel nyaris! Sekali lagi Casillas penyelamat...

2 minit lepas tu melalui gerakan cantik Torres dan Gerrard menyambung. Juga hampir-hampir...

Minit ke-27... Penalti!! Gerrard ambil dan gollll...Liverpool 2 Real 0

Minit ke-47...Tamat Separuh Masa Pertama. Standard game macam Liverpool lawan West Brom. Teruk Real kena asak. Liverpool main memang class. Terutama gandingan Torres dan Gerrard. Di bantu Alonso di tengah. Babel, Kuyt dan Marcherano juga tak mengecewakan. Pertahanan memang mengkagumkan. Real main macam anak ayam. Bukan macam pasukan yang ada player mahal-mahal.

Babak ke-2 bermula...

Liverpool terus mengasak. Tak sampai 3 minit gawang Real bolos kali ke-3...golllll!!! Gerrard sekali lagi... hohoho... Liverpool 3 Real 0... Makin berat la Real nak kejo...

Minit ke 59... Alonso dikeluarkan dan Lucas masuk...ni yang aku risau kalau mamat ni main... Selepas itu game di kuasai Real dengan Liverpool jarang-jarang menyerang.

Minit ke-71... Gerrard dikeluarkan. Penggantinya Jay Spearing. Pemain muda berusia 20 tahun. Ada potensi mamat ni.

Minit ke-82... Real score...gollll!!! eh! tak! offside...hehe.. sian Real kempunan nak score...

Beberapa saat selepas Real 'score' Dosenna dikeluarkan dari bangku simpanan bermakna Torres akan masuk ke bangku simpanan itu...

Minit ke-87...Golllll lagiiii!!!! Dosenna score!! Liverpool 4 Real 0

Yang penting gol ke-4 itu tanpa Alonso, Gerrard dan Torres di padang....

Minit ke-93...Wisel penamat ditiupkan....pheeeewittttttt!!!!!!!!!!!

Sms terakhir aku kepada kawan-kawan seLiverpool...."Betul-betul kena lauk Real pagi ni...haha"

Thursday, February 26, 2009

Keputusan Perlawanan Champions League 08/09 Liverpool lawan Real Madrid

Pukul 4.32 am - Asri sms " Refree macam sual!"

Pukul 5:28 am - Jebeng sms "Bravo!"

Pukul 5:36 am - Shahrim sms "Yessss....Liverpool makan lauk mahal malam ni!"


.

Aku jawab sekaligus sms tu........... " Siot ah!! 6.30 baru sedar!!"

.

Macam mana aku boleh tak sedar ni......

Padahal...

Aku dah set alarm henfon pukul 3.30 am..

Aku korban tak tidur dalam bilik sebab nak baring depan TV sambil TV pun aku tak off...

Sedar-sedar je aku tengok muka Joe Cole tengah cakap-cakap dengan entah sapa nama pengulas 2-3 orang tu. Ingatkan baru nak start game atau half time....rupanya...

Takpelah yang penting Liverpool menang 1-0. Peristiwa kemenangan ke atas Barcelona 2 tahun lalu di tempat lawan berulang lagi. Kali ni dengan kelab paling kaya di dunia Real Madrid. Haha... Padan muka dengan Presiden baru dia tu. Cakap besar. Kah..kah..kah! Kan dah kalah.

Lain kali kalau nak cakap besar tengok-tengoklah team mana nak lawan. Ini Liverpool lah! Walau tak sekaya Real Madrid tapi masih gagah tumbangkan team-team besar malah yang lebih kaya dari Liverpool. Salute Rafa. Juga pemain-pemain Liverpool. Walau tanpa Gerrard masih boleh menang.


Malam ni aku tak peduli! Pukul 10.30 mesti nak dok depan TV channel 812. Nak layan perlawanan ulangan.


Sunday, January 11, 2009

Seri lagi di Stoke City!

Kecewa! Berjaga sampai pukul 3.30 pagi at last draw lagi! Hangin betol! Peluang untuk jarakkan jurang mata melepas begitu saja. Harap-harap game MU lawan Chelsea malam ni pun seri jugak.


Aku kadang-kadang tak faham dengan taktik Rafa kali ni. Setelah berpengalaman seri dengan Stoke masa di Anfield September tahun lalu, sepatutnya inilah masa Liverpool membalas semula dengan berbelas-belas gol(kalau boleh la...). Pasukan bawahan takkan tak boleh belasah? Tapi melihatkan kesebelasan utama yang Rafa pilih aku dah rasa 50-50. Mana Keane? Mana Torres?

Aku memang mengharapkan Keane atau Torres atau kedua-duanya ada sebagai penyerang tapi malangnya Rafa memilih Kuyt sebagai penyerang utama bergandingan dengan Gerrard. Pelik gak apasal Rafa taknak guna Keane sebagai penyerang tunggal? Aku boleh terima Torres tiada dalam senarai sebagai langkah keselamatan kerana baru sembuh dari kecederaan. Atau mungkinkah Rafa dah mula sangsi dengan presrasi Keane? Tak turunkan Keane semalam pun seri gak 0-0. Rugi bai beli mahal-mahal lepas tu simpan. Dalam keadaan terdesak kadang-kadang mamat ni boleh pakai jugak seperti game dengan Arsenal dan Bolton.

Pada aku, untuk perlawanan penting seperti semalam Rafa seharusnya menurunkan barisan terkuat supaya dapat mengumpul mata semaksimum yang boleh. Bukan memilih penyerang pilihan ke-3 atau ke-4 sebagai menggalas tanggungjawab jaringkan gol. Bergandingan pulak dengan pemain tengah seperti Marcherano dan Lucas yang tak se-kreatif Alonso. Peluang menjadi lebih sukar. Memang sukar pun. Ditambah taktik Stoke yang bermain agak bertahan dan fizikal, ruang untuk jaringkan gol menjadi terhad.

Lebih baik letak semula Gerrard di tengah berganding dengan Marcherano. Sementara Kuyt kekal di kanan dan Babel atau Riera di kiri. Aku rasa eksperimen Rafa gagal semalam. Kalau dah tak percaya dengan Keane apa tunggu lagi? Owen sedang menunggu untuk di offer.

Seperkara lagi kelemahan Liverpool ialah sayap kanan. Buat masa ini Kuyt dan Benayoun yang dipertanggungjawabkan. Kira bolehlah. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang hampeh! Sebelum ni aku ada terbaca Spurs offer Lennon swap dengan Pennant. Wah! berita baik tu. Tapi la ni senyap pulak. Pennant pula dengar khabar di offer kontrak baru setahun dengan Liverpool. Tak jadi lah tu. Takpelah tak dapat Lennon, ada beberapa pemain lain yang Rafa boleh buat Eksperimen seperti El Zhar, tak pun Ar Zhar...hehe.. :D