Wednesday, March 4, 2009

BPL Gameweek 28 : Liverpool Menang 2-0

Hihi...lewat pulak update. Habis game pagi tadi ngantuk giler. Tengok pun second half. Sebab aku ingat bangun 3.50 rupanya 4.50. Ok lah tu dari tak bangun langsung macam game dengan Real Madrid hari tu.

Ok, pasal game tadi...

Pelik gak tengok posisi Marsherano kat sebelah bek kanan. Hari tu test Skyrtel tapi tak berapa menjadi. Hai! Rafa takde player lain ke nak test? Pemain muda ke? Gerrard dulu masa mula-mula main kat posisi tu. Pada aku Rafa patut test pemain muda terutama pemain Inggeris. Siapa tau kan mungkin ada yang menyerlah nanti.

Tapi, siapalah aku nak persoalkan Rafa. Mungkin dia tau sebab musababnya. Mungkin Rafa nak try and error agaknya. Nasib baik menang. Kalau seri atau kalah? Tentu peminat persoalkan rasional keputusan Rafa itu.

Positifnya, Rafa beri peluang David Ngog bermain lagi kali ini dalam kesebelasan utama dan pemain itu membalas kepercayaan Rafa dengan menjaringkan gol. Gol kedua juga hasil dari sumbangan pemain itu. Tapi aku sikit frust Rafa keluarkan dia awal. Bagi la peluang dia main full time. Yang ganti si Lucas pulak. Berubah rentak permainan. Sekali lagi, siapalah aku nak mempertikai tindakan Rafa itu.

Takpelah yang penting dah menang. Lepas ni ada game besar menanti. Lawan lauk mahal.

2 comments:

Anonymous said...

ngog ada injured sikit masa game tu.

arbeloa, darby, degen semua cedera.

Stevie P
http://pakdi.my

utusanLFC said...

bro.,
jemput singgah blog aku kejap. nak ajak kau join sekali.