Monday, January 26, 2009

Piala FA : Liverpool 1 Everton 1

Seri lagi bai...huhu. Nasib baik FA Cup. Bila seri, ada perlawanan ulangan. Ada peluang balas dendam. Tambah satu game lagi lawan Everton. Menjadikan pada musim ini, Liverpool bertemu Everton 4 kali. 2 BPL, 2 FA Cup.

Termasuk game semalam, Liverpool menang sekali, seri 2 kali. Kali ke-4 nanti? Aku rasa Liverpool boleh menang, sekiranya mengekalkan tahap permainan seperti semalam. Lagipun, kalau di ambil kira rekod Liverpool bermain di tempat lawan, mungkin tiada masalah. Masalah Liverpool sekarang ialah bermain di tempat sendiri. Seolah-olah ada badi seri. Mungkin juga ini disebabkan tekanan bermain di hadapan penyokong sendiri.

Mengimbau perlawanan semalam walaupun Liverpool mempamerkan permainan yang memberansangkan seawal minit pertama namun Everton pula yang dapat gol dulu. Hawau tol! tu...lah Rafa...kan aku dah kata... pertahanan Liverpool lemah dengan set-piece. Gol itu berpunca dari tendangan sudut yang singgah di kepala Cahill(Cahill lagiii!!) lalu disambung pula oleh Lescort. Liverpool punyalah serang dari kiri, kanan, tengah, atas, bawah, tiba-tiba Everton pulak leading. Memang Everton bernasib baik!

Everton ingat boleh bertahan dengan 1 gol. Wei! ini Liverpool lah! Sedangkan 3-0 boleh kejo, inikan pula 1 gol. Sikit punya hal tuu. Aku memang percaya, yakin, pasti, Liverpool boleh balas semula! setakat 1 gol no problem...2-3 gol mungkin...

Memang sangkaan ku benar belaka. Sebaik separuh masa kedua bermula, Liverpool mengasak semula bertubi-tubi menyebabkan pertahanan Everton kelam kalibut menahan asakan . Akhirnya melalui gerakan 1-2 antara Gerrard dan Torres maka terhasillah gol yang dinanti-nantikan. Gol yang agak cantik melalui kuisan kebelakang tidak jejak tanah Torres kemudian di sambut oleh Gerrard dengan rembatan padu dan gollllll!!!!........yeah! Gerrard score! yeah..yeah!! Salute la Gerrard! Walau masalah sedang melanda ko..ko tetap jadi hero....memang ko hero Liverpool!

Selepas gol penyamaan tersebut, Liverpool menyambung asakan tanpa jemu. Kemasukan Riera menggantikan Babel menambah lagi sengat. Namun gol kedua yang dinanti tidak kunjung tiba. Hampir-hampir, sipi-sipi.... tetapi akhirnya memang sudah termaktub Liverpool seri lagi . Seri pun seri lah... Kalau main macam semalam seri pun aku tak kisah. Kata orang hero seri dulu...

Tuesday, January 20, 2009

Seri lagi lah pulok!

Tak sia-sia bangun awal pagi! Itu yang aku rasa sehingga minit 87. Tapi apakan daya harapkan dapat bertahan hingga ke akhir game, Cahill pula jadi pemusnah. Sual tol. Kalau bukan kerana gol itu sudah tentu Liverpool kembali merampas tangga teratas dari Em You.

Mungkin silap Liverpool juga kerana terlalu yakin dengan kelebihan 1 gol dengan cuba memperlahankan permainan tapi dalam apa jua keadaan sedikit kesilapan dan kealpaan boleh membawa padah.

Itulah yang Rafa lakukan pada minit terakhir dengan menggantikan Torres dengan Lucas. Kadang-kadang taktik sebegini menjadi tapi tidak pada game kali ni. Permainan lebih tertumpu di kawasan tengah dan kurang menyerang. Akhirnya Everton pula yang jaringkan gol penyamaan. Disamping itu antara kelemahan ketara Liverpool ialah membaca set piece pasukan lawan melalui tendangan percuma atau sudut. Banyak juga gol yang telah menerobos gawang Liverpool melalui kaedah ini. Rafa kena lakukan sesuatu ni.

Mengimbas perlawanan pagi tadi, Rafa seolah mendengar rintihan peminat Liverpool yang inginkan barisan terbaik diturunkan. Itulah yang sepatutnya Rafa lakukan untuk perlawanan sebelum-sebelum ini. Turunkan barisan terbaik sebab setiap perlawanan adalah penting untuk menang supaya dapat jarakkan mata sebanyak yang mungkin untuk mengurangkan tekanan sebagai pendahulu. Tengok? Apa dah jadi sekarang?

Mengenai perlawanan pagi tadi, yang bagusnya pemain harapan aku ada dalam game dengan Everton cuma kemampuan masih terbatas akibat baru pulih dari kecederaan. Keserasian antara Keane dan Torres pula masih belum terserlah. Namun dengan adanya kedua pemain tersebut kawalan pertahanan lawan akan lebih rawak tidak tertumpu pada 1 atau 2 pemain. Tumpuan lebih kepada ramai pemain telah berjaya melonggarkan kawalan terhadap Gerrard hingga terhasil gol pendahuluan. Namun ianya tidak kekal lama akibat Rafa lupa permintaan aku agaknya supaya jangan keluarkan Keane dan Torres dulu selagi belum lead 2-3 gol. Takpalah Rafa, lain kali ingat ya.

Walau apa pun kita kata itu dan ini, keputusan pagi tadi tidak boleh di ubah. Rafa pun bukan baca blog ni. Yang seri tetap seri walau menangis air mata kaler jersi merah sekalipun. Apa yang Rafa dan Liverpool perlu buat sekarang mencari semula formula kemenangan yang semakin hilang. Belum terlambat untuk bertindak dan aku percaya Rafa akan melakukan sesuatu supaya Kejuaraan Liga Inggeris 08/09 akan menjadi milik pasukan Liverpool nanti. YNWA.

Saturday, January 17, 2009

Menjelang perlawanan Gameweek 22 : Liverpool lawan Everton


Aku cuma nak request kat Rafa...tolonglah turunkan barisan terbaik!

Aku tau la ni dia tak sihat, tapi dengarlah rayuan penyokong Liverpool mu ini. Tolonglah...
kami nak menang! bukan seri!

Kalau boleh aku nak Keane,Torres, Alonso(kalau dia dah cergas) ada dalam 11 utama. Score dulu 2-3-4 gol lepas tu nak ganti dengan reserve ganti la...dengan syarat tengah leading 2-3 gol dulu...

Ini game dengan Everton amat penting maaa... Itu MU sudah rapat... sekali lagi Liverpool buang itu point... 2 kali itu MU tambah point... Banyak bahaya wooo... Tapi wa dengar, itu Rooney sudah injured... wah! bagut-bagut.. lagi banyak itu MU punya player injured lagi bagut....wa manyak sukaaa.... haha.... (tanduk setan sudah keluar... hahaha)

Ok, untuk game malam Isnin nanti(waktu Malaysia Selasa pagi... waduh! kena bangun pagiiii) harap-harap Liverpool tak menghampakan. Memang ketika dan saat ini permainan Everton sedang meningkat. Walau meningkat macam mana pun Everton, aku pasti, yakin, percaya Liverpool boleh menang. Liverpool Boleh! YNWA!

Sunday, January 11, 2009

Seri lagi di Stoke City!

Kecewa! Berjaga sampai pukul 3.30 pagi at last draw lagi! Hangin betol! Peluang untuk jarakkan jurang mata melepas begitu saja. Harap-harap game MU lawan Chelsea malam ni pun seri jugak.


Aku kadang-kadang tak faham dengan taktik Rafa kali ni. Setelah berpengalaman seri dengan Stoke masa di Anfield September tahun lalu, sepatutnya inilah masa Liverpool membalas semula dengan berbelas-belas gol(kalau boleh la...). Pasukan bawahan takkan tak boleh belasah? Tapi melihatkan kesebelasan utama yang Rafa pilih aku dah rasa 50-50. Mana Keane? Mana Torres?

Aku memang mengharapkan Keane atau Torres atau kedua-duanya ada sebagai penyerang tapi malangnya Rafa memilih Kuyt sebagai penyerang utama bergandingan dengan Gerrard. Pelik gak apasal Rafa taknak guna Keane sebagai penyerang tunggal? Aku boleh terima Torres tiada dalam senarai sebagai langkah keselamatan kerana baru sembuh dari kecederaan. Atau mungkinkah Rafa dah mula sangsi dengan presrasi Keane? Tak turunkan Keane semalam pun seri gak 0-0. Rugi bai beli mahal-mahal lepas tu simpan. Dalam keadaan terdesak kadang-kadang mamat ni boleh pakai jugak seperti game dengan Arsenal dan Bolton.

Pada aku, untuk perlawanan penting seperti semalam Rafa seharusnya menurunkan barisan terkuat supaya dapat mengumpul mata semaksimum yang boleh. Bukan memilih penyerang pilihan ke-3 atau ke-4 sebagai menggalas tanggungjawab jaringkan gol. Bergandingan pulak dengan pemain tengah seperti Marcherano dan Lucas yang tak se-kreatif Alonso. Peluang menjadi lebih sukar. Memang sukar pun. Ditambah taktik Stoke yang bermain agak bertahan dan fizikal, ruang untuk jaringkan gol menjadi terhad.

Lebih baik letak semula Gerrard di tengah berganding dengan Marcherano. Sementara Kuyt kekal di kanan dan Babel atau Riera di kiri. Aku rasa eksperimen Rafa gagal semalam. Kalau dah tak percaya dengan Keane apa tunggu lagi? Owen sedang menunggu untuk di offer.

Seperkara lagi kelemahan Liverpool ialah sayap kanan. Buat masa ini Kuyt dan Benayoun yang dipertanggungjawabkan. Kira bolehlah. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang hampeh! Sebelum ni aku ada terbaca Spurs offer Lennon swap dengan Pennant. Wah! berita baik tu. Tapi la ni senyap pulak. Pennant pula dengar khabar di offer kontrak baru setahun dengan Liverpool. Tak jadi lah tu. Takpelah tak dapat Lennon, ada beberapa pemain lain yang Rafa boleh buat Eksperimen seperti El Zhar, tak pun Ar Zhar...hehe.. :D