Thursday, February 26, 2009

Keputusan Perlawanan Champions League 08/09 Liverpool lawan Real Madrid

Pukul 4.32 am - Asri sms " Refree macam sual!"

Pukul 5:28 am - Jebeng sms "Bravo!"

Pukul 5:36 am - Shahrim sms "Yessss....Liverpool makan lauk mahal malam ni!"


.

Aku jawab sekaligus sms tu........... " Siot ah!! 6.30 baru sedar!!"

.

Macam mana aku boleh tak sedar ni......

Padahal...

Aku dah set alarm henfon pukul 3.30 am..

Aku korban tak tidur dalam bilik sebab nak baring depan TV sambil TV pun aku tak off...

Sedar-sedar je aku tengok muka Joe Cole tengah cakap-cakap dengan entah sapa nama pengulas 2-3 orang tu. Ingatkan baru nak start game atau half time....rupanya...

Takpelah yang penting Liverpool menang 1-0. Peristiwa kemenangan ke atas Barcelona 2 tahun lalu di tempat lawan berulang lagi. Kali ni dengan kelab paling kaya di dunia Real Madrid. Haha... Padan muka dengan Presiden baru dia tu. Cakap besar. Kah..kah..kah! Kan dah kalah.

Lain kali kalau nak cakap besar tengok-tengoklah team mana nak lawan. Ini Liverpool lah! Walau tak sekaya Real Madrid tapi masih gagah tumbangkan team-team besar malah yang lebih kaya dari Liverpool. Salute Rafa. Juga pemain-pemain Liverpool. Walau tanpa Gerrard masih boleh menang.


Malam ni aku tak peduli! Pukul 10.30 mesti nak dok depan TV channel 812. Nak layan perlawanan ulangan.


Monday, February 23, 2009

Gameweek 26 : Liverpool 1 Manchester City 1

Seri lagi dan pasukan kita ketinggalan 7 mata dengan Manure.

Sesungguhnya perlawanan malam tadi seharusnya menjadi milik kita sekiranya beberapa pemain seperti Riera, Benayoun tidak melepaskan peluang terhidang pada separuh masa pertama. Tambahan lagi MC bukanlah pasukan yang mengancam walaupun dibarisi pemain bintang seperti Robinho dan Bellamy.

Dek kerana kealpaan pada awal separuh masa kedua menyebabkan pasukan kita ketinggalan dan kemudian memberi tekanan untuk memburu gol seterusnya kemenangan. Akibat dari gol tersebut permainan Liverpool menjadi tidak tentu hala sehinggalah 14 minit menuju masa penamat.

Pada minit 76, Aurelio dimasukkan menggantikan Dosenna. Walaupun baru sebentar di pandang, lorongan di sebelah kiri pintu gol MC kepada Benayoun yang kemudiannya di lintang ke tengah cuba di sambut Torres dengan tendangan tapi tidak tepat dan bola singgah di kaki Kuyt dan terhasil lah gol penyamaan.

Selepas gol tersebut pasukan kita kembali bersemangat memburu gol kemenangan tetapi beberapa peluang terbaik gagal di sudahkan sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat. Kecewa tapi pasrah dan merupakan seri ke-6 musim ini di Anfield.


Pada pandangan aku...

Pemain terbaik - Dirk Kuyt

Pemain hampeh - Lucas Leiva

Sunday, February 8, 2009

Pehhh lega giler.... Liverpool 3 Portsmouth 2

Suspen. Mana tidaknya dua kali ketinggalan akhirnya team kita Liverpool menang. Torres sekali lagi penyelamat walaupun bermain pada 15 minit terakhir. Ketika Torres masuk menggantikan Babel yang terlepas peluang terbaik ala Keane kedudukan ialah 1-1.

Beberapa minit kemudian Portsmouth sekali lagi mendahului 2-1 melalui gol tanduk set piece kelemahan Liverpool. Nasib baik pertahanan Portsmouth si Distin tu bangang tendang tak kena, di eksploitasikan oleh Torres kemudian bola singgah di kaki Kuyt yang merembat sipi di atas bahu James terus menerjah jaring menjadikan kedudukan 2-2.

Gol tersebut menyemarakkan lagi serangan demi serangan Liverpool dan akhirnya melalui gerakan Mascherano dan Benayoun di sebelah kiri bola di lintang ke tengah dan Torres menanduk, James menepis dan.......golllll!!!

Sementara melayan ulang tayang gol tersebut, kawan se-Liverpool sms "Pehhh lega giler..." aku jawab "Memang keje giler" Mana tak giler bai, 5 pertahanan Rafa turunkan tapi masih bolos 2 gol. Dua kali ketinggalan, nasib baik Crouch dan Distin buat silap. Kalau tak, bye-bye lah title kejuaraan liga.

Monday, February 2, 2009

Akhirnya... Liverpool 2 Chelsea 0

Setelah seri manjang Liverpool akhirnya mencapai kemenangan dengan menewaskan Chelsea 2-0 di Anfield. Kemenangan motivasi yang bukan saja menjarakkan 3 mata dengan Chelsea juga memberi tekanan kepada Em You sebagai pendahulu liga.

Em You ingat boleh happy-happy kat atas kalau keputusan seri tapi telah dibuktikan Liverpool masih berupaya mencabar kejuaraan liga musim 2008/09.

Mungkin ramai yang mengatakan kemenangan Liverpool semalam telah dibantu oleh keputusan kontroversi pengadil melayangkan kad merah kepada Lampard. Tetapi menyaksikan perlawanan semalam semasa ada Lampard pun Liverpool tidak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Chelsea. Cuma Chelsea bernasib baik tidak bolos lebih awal dan nasib tersebut nampaknya berpihak kepada Liverpool setelah Lampard dibuang padang. Apa-apa pun aku bersimpati dengan Chelsea dan mereka kena terima kenyataan ini adalah keputusan pengadil.

Pesan untuk Lampard, "Lain kali nak tackle jangan angkat kaki tinggi-tinggi, kan dah kena buang padang..." Nampaknya makin benganglah Scolari dengan pengadil(Ada aku kesah?!).

Perlawanan malam tadi juga telah mengembalikan semula sentuhan jaringan Fernando Torres yang agak tandus sebelum ini. Walaupun telah di kawal ketat John Terry dan Alex namun Torres berjaya meloloskan 2 gol untuk Liverpool. Satu kejayaan strategi Rafa merehatkan Robbie Keane. Mungkin juga Rafa simpan Keane untuk perlawanan ulangan FA Cup dengan Everton.

Harap-harap Keane yang berada di Anfield menyaksikan perlawanan malam tadi dapat belajar sesuatu dari Torres bagaimana nak jaring gol dengan lebih kerap.YNWA.