Thursday, September 10, 2009

Sembang Bola Sepak Antarabangsa

Seminggu lebih tanpa game membabitkan LFC agak membosankan So, pagi tadi untuk menghilangkan bosan aku layan 3 game sekaligus.
  1. England lawan Crotia
  2. Paraguay lawan Argentina
  3. Brazil lawan Chile
Aku bukan setakat layan bosan. Ada sebab lain. Kebetulan hari ini 20 Ramadhan iaitu malam 10 terakhir, aku gabungkan antara minat tengok bola dan membuat amalan sunat yang sepatutnya. Bola-bola jugak, akhirat jangan lupa. Ingat ya kawan-kawan... "Pesanan ini di bawa oleh Blog Penyokong Liverpool FC.."

Ok. Sambung cerita berkenaan game pagi tadi. Kali ni aku nak tulis panjang sket. Harap ada sudi baca. Jarang aku tulis panjang-panjang. Saja je, tiba-tiba rajin pulak. Seperkara lagi, sejak dua menjak ni ramai tol fan-fan team lain sudi datang blog aku. Macam-macam jenis. Biasalah dorang ni tak puas hati dengan team KITA, juga dengan aku... hahaha.. Bacalah komen-komen dorang. Panas-panas. Kelakar pun ada.

Tetapi sebagai Fan LFC dulu, kini dan selamanya.... kita kena cool beb layan dorang. Biasalah, team kita TERBAEK dari ladang ANFIELD pasti ramai yang jeles. Walaupun kalah kita tetap tenang. Setenang kita menang. Kita Hero bukan Zero. Bukan macam fan team lain, kalau kalah meroyan Satu Malaysia ...hahaha... kesian... Kita cool beb...

Seterusnya berkenaan game tadi. Sebelum tu nak bagi tahu ni, selain menjadi peminat setia LFC aku juga penyokong England dan Brazil. Juga team Negara dan Negeri tempat aku lahir. Sementara game Argentina aku nak tengok sebab ada pemain kita, Marcherano. Insua? tak pasti pulak ada ke tak?

England lawan Croatia

Aku dah jangka England akan menang tapi tak lah sampai Croatia kena lauk 5-1 lebih sebijik LFC laukkan MU musim lepas. Memang mannnntopp permainan England. Berbeza semasa bawah Steve Mclaren walaupun dengan barisan pemain yang hampir sama. Menunjukkan Pengurus adalah faktor penting dalam sesebuah pasukan. Apa yang penting kemenangan besar England di bantu oleh 2 pemain LFC iaitu, 2 gol oleh Gerrard dan 1 assist Glen Johnson untuk gol Lampard. Glen Johnson walaupun sebelum game di kutuk media England sebagai lalai, cuai, leka, tak fokus, dan macam-macam lagi telah membuktikan beliau adalah bek kanan terbaik England buat masa ini. Pemain mana tu? LFC...

Paraguay lawan Argentina

Hmmm... Argentina kalah lagi 0-1. Sebelum ni dengan Brazil 1-3. Sebelum-sebelum ni kena lauk dengan Bolivia 1-6. Aku tengok macam ada tak kena dengan team ni. Marcherano, Messi, Aguero, Veron antara pemain yang hebat. Pada pandangan aku, Diego Maradona adalah faktor. Tidak semestinya pemain lagenda boleh menjadi pengurus yang baik. Aku tengok Maradona gagal dari segi taktik dan pemilihan pemain. Atau kurang buat homework? Maradona kan ada sejarah hitam. Tapi kita bersangka baik ajalah.

Lagi satu. Mana Requelme, Saviola dan juga Aimar? Aku rasa pemain-pemain tu belum tua untuk tidak berada dalam skuad Argentina. Mengharapkan Messi menyerang sorang saja tak cukup. Pemain-pemain yang aku sebut tu ada pengalaman. Tapi aku pelik pulak, apa la yang best sangat dengan Veron tu sampaikan Maradona ambik dia main. Main kat MU fail. Padan muka MU beli mahal tapi tak perform. Lagi pun zaman dia dah berlalu. Dia bagus masa main dengan Lazio. Aku rasa Veron tu lebih kurang macam Lucas Leiva. Kesian aku tengok Messi. Lari ke kiri, ke kanan bawak bola tapi tak gol-gol. Habis game aku tengok muka Messi masam je. Mesti risau takut Argentina tak layak ke Piala Dunia. Ah! lantaklah bukan team feveret aku pun. Pandai lah Maradona setel kan masalah kalah memanjang Argentina.

Brazil lawan Chile

Yes. Menang lagi 4-2. Walaupun tanpa Kaka, Fabiano, Robinho dan Lucio. Walaupun bermain 10 orang sejak minit ke-49. Tapi Brazil telah membuktikan punya ramai pemain berbakat. Nilmar? Tak popular pun pemain tu tapi score hatrik. Selidik punya selidik rupanya pemain Villareal.

Di mana-mana club tak kira Eropah, Asia, dll ada pemain berasal dari Brazil. Itu tak termasuk yang tukar kerakyatan seperti Deco. Apa yang lebih penting Dunga berjaya mengesan bakat mereka walaupun pemain-pemain tersebut bukan bermain di kelab-kelab ternama. Itulah yang membezakan Maradona dengan Dunga. Kedua-dua pemain hebat. Tetapi Dunga lebih menyerlah dari segi taktikal dan pemilihan pemain. Mungkin juga Dunga buat lebih Homework.

Belum pernah aku layan 3 game sekaligus berturut-turut. Kebetulan pulak jadual game ikut susunan. Apa pun game pagi tadi memang tak menghampakan. Game menarik dan banyak gol dijaringkan. Berdasarkan prestasi semasa pilihan aku, Brazil, England atau Sepanyol bakal juara Piala Dunia tahun depan. YNWA!

3 comments:

Amirul Idham said...

puas hati dpt tgk gerrard score..
header lak tu..

mclaren tu bengap..
pasal tu la england jd bongok bawah dia...

dan argentina pun bakal jadi sama...
maradonna tu hancus la pegang team..
pemain yg baik tak semestinya boleh jd coach yg baik..

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

gangster said...

ingat semua, hukum meminum arak itu adalah haram disisi agama Islam. Maka sebarang urusan jual-beli dan persekongkolan dengan unsur2 arak juga adalah haram.

CARLSBERG itu adalah arak ya, kalau anda semua penyokong liverpool yang bijaksana seperti kancil dan buaya tak tahu.

Amberan said...

dah tak jual arak dah..
lani al-mudharabah standard charted