Thursday, April 9, 2009

Liga Juara-Juara Eropah : Liverpool 1 Chelsea 3

Tenang arr... penyokong Liverpool.

Ya! pasukan KITA kalah pagi tadi. Tapi, kita kena rasional.

Game pagi tadi bukanlah persembahan terbaik Liverpool. Walaupun agak menyakinkan pada awal-awal permainan melalui jaringan Torres pada minit ke-6. Namun permainan seterusnya agak perlahan walaupun pasukan KITA menguasai permainan. Beberapa peluang jaringan terlepas begitu sahaja.

Pertahanan KITA juga kelihatan agak longgar dan menyebabkan Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada akhir-akhir permainan separuh masa pertama melalui tandukan dari tendangan sudut.

Kemudian pada minit ke-62 gol ke-2 menyusul juga melalui tandukan yang hampir sama dengan gol pertama yang seterusnya sama sekali telah mengubah corak permainan pasukan KITA menjadi lebih perlahan dan membiarkan Chelsea bermaharaja lela menguasai permainan sehingga terhasilnya gol ke-3.

Kekalahan pagi tadi bukanlah noktah bagi pasukan KITA. Ini baru perlawanan pertama. Ada perlawanan ke-2. Walaupun tugas agak berat kerana bermain di tempat lawan tapi ianya bukanlah mustahil untuk pasukan KITA mencapai kemenangan dan mara ke separuh akhir.

Kalau diikutkan apalah sangat memburu kejuaraan Liga Eropah dibandingkan pasukan KITA dengan Chelsea. Pasukan KITA sudah 5 kali JUARA manakala Chelsea baru pertama kali ke Final tahun lepas tapi tewas di kaki Man Yoo.

Biarlah fan team lain nak kutuk ke apa. Yang penting kalah ke, seri ke, menang ke, tetap sokong LIVERPOOL! YNWA.

6 comments:

Firol said...

yee....bersama Liverpool Selamanya
aku yakin tentera merah buleh buat terbaik untuk kali kedua....

kesilapan pertahanan akan jadi pengajaran..

YNWA....

Mari kite runtuhkan Stamford Bridge sekali lagi

@r zh@r said...

biarkan mereka leka dengan kemenangan.. 2nd game Liverpool bakal turun dengan senjata pemusnah!

YNWA

Anonymous said...

macam tandukan cahill masa lawan everton je.

mungkin hyppia kena ada kot.

Stevie P
http://pakdi.my

@r zh@r said...

tol tu pakdi...bila terkenang game semalam teringat pulak hyppia sebab rasanya dia yang boleh challenge bola cross macam tu...

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

kita akan rawat luka leps maghrib esok. Blackburn ni pun tricky tapi kalau Liverpool tengah marah.... macam-macam boleh jadi

Team APTB said...

liverpoollll...YNWA