Thursday, November 13, 2008

Cawan Carling 2008/09

Malam tadi aku set alarm 3.40 pagi dengan harapan nak tengok game Liverpool lawan Spurs. Bangun memang bangun tapi pukul 6 daaa....

Aku tersalah set alarm ke? Eh! tak mungkin. Malam tadi pukul 11 dah tido. Mungkin sebab Carling cup, tu sebab aku tak beria-ia sangat nak bangun. Lain la Champion League. Tak miss punya...

Masa bangun tadi dalam bilik terasa cam sejuk-sejuk gitu. Padahal aircon bilik aku set kol 3.30 mesti off. Aku selak langsir rupanya kat luar hujan daaa...patutla tak sedo...sejuk-sejuk ni tido memang sodap...leno sampai alarm pun tak sedaq...nasib baik la subuh tak langgo...

Lepas solat, aku pun capai henfon nak tengok keputusan terkini. Malas nak bukak PC. Bukak je web Liverpool fc terpangpang muka Rafa muram. Dah agak dah, ni mesti kalah. Memang pon. Liverpool tewas 2-4 di kaki Spurs. Keputusan lain Chelsea juga tewas dengan Burnley..hoho...kalah dengan team lauk! MU dan Arsenal semalam masing-masing menang, pun dengan team yang juga boleh dikategorikan sebagai lauk! Spurs tak lauk beb..

Penyokong MU tokyah banggo sangat, monang pun 1-0 dengan QPR. Itu pun penalti. Kalau tak, mungkin senasib Chelsea...hehe..bako..bako... Arsenal gua salute....rata-rata player belasan tahun mudah jinakkan Wigan 3-0 .

Walaupun Liverpool kalah aku tak kisah sangat. Alah...Carling cup..apalah sangat. Yang utama sekarang Champion League dan Juara Liga. Spurs desprate nak menang, bagi lah peluang team Harry Rednapp menang. Lagi pun main tempat dorang.

Takpa Liverpool game BPL minggu ni kasi bungkus Bolton. YNWA!

3 comments:

MU kipas susah mati said...

kalah?masa untuk gelakkan Liverpool pulak.. huawawawawa

ar zhar a.k.a kumb@ng said...

<-tengah tengokkan kipas susah mati mu gelak....ha..gelak..gelak..jangan tak gelak...

googler said...

gucci
gucci bag
gucci handbag
buy gucci
gucci wallet